Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap kefahaman kemahiran menginferens dan memproses data dalam kalangan pelajar tahun dua pendidikan fizik

Noordin, Shaharom and Rashid, Nurul Aini (2010) Tahap kefahaman kemahiran menginferens dan memproses data dalam kalangan pelajar tahun dua pendidikan fizik. Tahap Kefahaman Kemahiran Menginferens Dan Memproses Data Dalam Kalangan Pelajar Tahun Dua Pendidikan Fizik . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
116kB

Abstract

Penguasaan kemahiran saintifik yang lemah dalam kalangan pelajar telah menarik perhatian penyelidik. Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji tahap kefahaman kemahiran saintifik dalam kalangan pelajar Tahun Dua program Pendidikan Fizik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai sebelum dan selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I. Penyelidikan ini hanya melibatkan dua kemahiran saintifik sahaja iaitu kemahiran menginferens dan kemahiran memproses data. Seramai 36 orang pelajar lelaki dan perempuan daripada dua program pengajian terlibat sebagai responden penyelidikan ini. Reka bentuk penyelidikan adalah Reka Bentuk Ujian Sebelum-Ujian Selepas Satu Kelompok (One Group Pretest-Posttest Design) dengan kursus Pendidikan Amali Fizik I sebagai rawatan (treatment). Dua pembolehubah bebas digunakan dalam kajian ini iaitu program pengajian dan jantina. Alat kajian yang digunakan ialah Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Menginferens dan Memproses Data. Ia mengandungi 40 item berbentuk soalan objektif dan mempunyai nilai kebolehpercayaan, α = .88. Analisis statistik deskriptif dalam bentuk min dan sisihan lazim akan digunakan. Soal Jawab Terbuka Tahap Kefahaman Kemahiran Menginferens dan Memproses Data turut digunakan. Ia mengandungi 9 item dan dianalisis secara kualitatif. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman kemahiran menginferens dan memproses data sebelum dan selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I adalah sederhana. Bagi program pengajian dan jantina, tidak terdapat perbezaan tahap kefahaman sebelum dan selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I. Kedua-dua program pengajian dan jantina mendapat tahap sederhana sebelum mengikuti kursus tersebut dan baik selepas mengikuti kursus tersebut. Ini menunjukkan usaha untuk meningkatkan tahap kefahaman kemahiran saintifik perlu dipergiatkan bagi melahirkan generasi yang bersedia menceburi bidang Sains dan Teknologi untuk pembangunan negara.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:tahap kefahaman menginferens, memproses data
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11017
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:18 Nov 2010 12:57
Last Modified:06 Jun 2017 09:29

Repository Staff Only: item control page