Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Pelajar Tahun Empat Terhadap Pengajaran Pensyarah Dalam Bahasa Inggeris Di Dua Fakulti, Universiti Teknologi Malaysia

Sihes, Ahmad Johari and Abdul Razak, Nurshila (2010) Persepsi Pelajar Tahun Empat Terhadap Pengajaran Pensyarah Dalam Bahasa Inggeris Di Dua Fakulti, Universiti Teknologi Malaysia. Persepsi Pelajar Tahun Empat Terhadap Pengajaran Pensyarah Dalam Bahasa Inggeris Di Dua Fakulti, Universiti Teknologi Malaysia . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
114kB

Abstract

Tujuan kajian ini diadakan adalah untuk mengetahui persepsi pelajar UTM terhadap pengajaran pensyarah dalam bahasa Inggeris. Responden kajian adalah seramai 204 orang pelajar tahun empat yang dipilih daripada Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Fakulti Pendidikan sesi 2007/08. Instrumen kajian yang digunakan ialah satu set soal selidik. Ia mengandungi 30 item berbentuk soalan objektif. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah ? = 0.894. Data-data kajian telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistic Package for the Social Science) versi 15.0. Analisis yang dibuat diterjemahkan dalam bentuk min, frekuensi dan peratus. Tumpuan kajian ini ialah untuk mengetahui persepsi pelajar UTM terhadap tahap keupayaan pensyarah menarik minat pelajar, kaedah pengajaran pensyarah, penguasaan pensyarah terhadap penyampaian pengajarannya dan cara pensyarah berkomunikasi dengan pelajar dalam bahasa Inggeris. Keseluruhan dapatan kajian menunjukkan tahap persepsi pelajar terhadap pengajaran pensyarah dalam bahasa Inggeris adalah berada pada tahap positif. Hasil ujian-t, mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada persepsi pelajar tahun empat Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Fakulti Pendidikan terhadap pengajaran pensyarah dalam bahasa Inggeris.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:persepsi pelajar, pengajaran pensyarah
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11016
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:18 Nov 2010 12:54
Last Modified:10 Sep 2017 07:07

Repository Staff Only: item control page