Zainuddin, Zainal Abidin and Ong, Ay Shin (2010) Pengaruh panjang tangan dan lilitan otot lengan terhadap kepantasan kayuhan atlet kayak. Adaptasi Latihan Dan Kecederaan . pp. 1-7. ISSN 978-983-52-0510-1 (Unpublished)
|
PDF
69kB |
Abstract
Kajian ini adalah berbentuk experimental dan dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti perkaitan panjang tangan dan lilitan otot lengan atlit terhadap kepantasan kayuhan dalam kayak sebelum dan selepas menjalani latihan selama 6 minggu. Kajian ini dilaksanakan di Universiti Teknologi Malaysia. Subjek terdiri daripada atlit-atlit pasukan kayak dan seramai 10 orang atlit lelaki (N=10) yang berada dalam lingkungan umur antara 19 hingga 21 tahun telah diambil secara sukarela mengikuti kajian. Tiga fasa (ujian klasifikasi, latihan dan ujian prestasi pencapaian) telah dijalankan untuk mengklasifikasikan subjek supaya meminimumkan ralat kajian. Secara umumnya, prestasi atlit boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan atas nilai purata dan kumpulan bawah nilai purata. Analisis data yang diperolehi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara panjang tangan dan lilitan lengan keatas prestasi. Secara kesimpulannya, HA yang menyatakan panjang tangan dan lilitan lengan mempengaruhi kelajuan diterima. Ini menunjukkan terdapat perkaitan antara panjang tangan dan lilitan lengan terhadap kelajuan kayuhan. Kajian ini masih boleh ditingkatkan lagi keberkesanannya seperti menambah lagi bilangan subjek dan memilih tempat kajian yang sesuai dan bebas daripada gangguan. Selain itu, kaedah pengukuran yang lebih ideal dan cekap seperti underwater weighting atau hydrostatic boleh digunakan pada kajian masa depan.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | panjang tangan, lilitan otot lengan, kepantasan kayuhan kayak |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 11015 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 18 Nov 2010 12:51 |
Last Modified: | 10 May 2012 07:15 |
Repository Staff Only: item control page