Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) bagi Kursus Bahasa Pengaturcaraan II (Visual Basic)

Mohd. Zaid, Norasykin and Othaman, Nurul Shimaa (2010) Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) bagi Kursus Bahasa Pengaturcaraan II (Visual Basic). Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Bagi Kursus Bahasa Pengaturcaraan II (Visual Basic) . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
225Kb

Abstract

Projek ini dilaksanakan untuk membangunkan sebuah perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) bagi kursus Bahasa Pengaturcaraan II (Visual Basic) meliputi tajuk Struktur Kawalan Pilihan dengan menggunakan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM). Sehubungan itu, projek ini juga adalah untuk membangunkan sebuah perisian pembelajaran yang interaktif dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara bagi meningkatkan sumber rujukan berbahasa Melayu. Aplikasi multimedia ini bercirikan lapan ciri PBM sepertimana yang dicadangkan oleh Albion (2000a). Proses pembangunan perisian PBK ini menggunakan model Rekabentuk Instruksi Bersistem iaitu model Hannafin dan Peck sebagai panduan. Perisian PBK ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Authorware 7.0 sebagai perisian utama dan disokong oleh perisian-perisian lain seperti Macromedia Flash 8, Adobe Photoshop CS2, Sony Sound Forge 7.0 dan Camtasia Studio 5. Justeru itu, adalah diharapkan perisian ini dapat menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran topik Struktur Kawalan Pilihan Visual Basic yang lebih aktif, interaktif dan realistik.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:perisian Pembelajaran Berpandukan Komputer (PBK), kursus bahasa pengaturcaraan II (Visual Basic)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11014
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:18 Nov 2010 12:48
Last Modified:08 Jun 2012 01:44

Repository Staff Only: item control page