Mohd. Zaid, Norasykin and Othaman, Nurul Shimaa (2010) Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) bagi Kursus Bahasa Pengaturcaraan II (Visual Basic). Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Bagi Kursus Bahasa Pengaturcaraan II (Visual Basic) . pp. 1-9. (Unpublished)
|
PDF
231kB |
Official URL: https://www.researchgate.net/publication/277831798...
Abstract
Projek ini dilaksanakan untuk membangunkan sebuah perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) bagi kursus Bahasa Pengaturcaraan II (Visual Basic) meliputi tajuk Struktur Kawalan Pilihan dengan menggunakan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM). Sehubungan itu, projek ini juga adalah untuk membangunkan sebuah perisian pembelajaran yang interaktif dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara bagi meningkatkan sumber rujukan berbahasa Melayu. Aplikasi multimedia ini bercirikan lapan ciri PBM sepertimana yang dicadangkan oleh Albion (2000a). Proses pembangunan perisian PBK ini menggunakan model Rekabentuk Instruksi Bersistem iaitu model Hannafin dan Peck sebagai panduan. Perisian PBK ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Authorware 7.0 sebagai perisian utama dan disokong oleh perisian-perisian lain seperti Macromedia Flash 8, Adobe Photoshop CS2, Sony Sound Forge 7.0 dan Camtasia Studio 5. Justeru itu, adalah diharapkan perisian ini dapat menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran topik Struktur Kawalan Pilihan Visual Basic yang lebih aktif, interaktif dan realistik.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | perisian Pembelajaran Berpandukan Komputer (PBK), kursus bahasa pengaturcaraan II (Visual Basic) |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 11014 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 18 Nov 2010 12:48 |
Last Modified: | 16 May 2017 11:00 |
Repository Staff Only: item control page