Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan E-Pembelajaran Berasakan MOODLE Bagi Tajuk Mathematical Reasoning Dan Angles Of Elevation And Depression Matematik Tingkatan Empat

Ismail, Zaleha and Muhamed, Nurulnadiah (2010) Pembangunan E-Pembelajaran Berasakan MOODLE Bagi Tajuk Mathematical Reasoning Dan Angles Of Elevation And Depression Matematik Tingkatan Empat. Pembangunan E-Pembelajaran Berasakan MOODLE Bagi Tajuk Mathematical Reasoning Dan Angles Of Elevation And Depression Matematik Tingkatan Empat . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
247kB

Abstract

Teknologi e-pembelajaran telah berkembang pesat sehingga mempengaruhi pendidikan di peringkat rendah hingga institusi pengajian tinggi. Untuk melaksanakan e-pembelajaran secara efektif, projek ini telah memilih satu sistem pengurusan kursus yang merupakan perisian sumber terbuka dinamakan MOODLE. Sistem MOODLE dianggap sesuai memandangkan reka bentuknya menyokong prinsip sosial konstruktivisme yang menekankan pembelajaran secara sosial semula jadi, aktif dan juga penemuan. Di samping itu, reka bentuk pengajaran ADDIE digunakan untuk tujuan pelancaran proses pembangunan. Projek e-pembelajaran yang dibangunkan ini menghasilkan bahan pembelajaran dan pengajaran Matematik Tingkatan Empat dalam tajuk Mathematical Reasoning dan Angles of Elevation and Depression berdasarkan KBSM. Bahan yang disediakan untuk setiap tajuk merangkumi sumber dan aktiviti. Sumber seperti nota guru membolehkan guru untuk membuat rujukan dengan memuat turun nota tersebut dalam format HTML dan PowerPoint. Aktiviti seperti nota pelajar, menyediakan nota dan latihan kepada pelajar setelah pembelajaran berlaku. Aktivitiaktiviti seperti quiz merupakan aktiviti yang menguji kefahaman pelajar. Aktiviti chat membenarkan pelajar berinteraksi melalui dua mod iaitu pelajar dengan guru dan pelajar dengan pelajar. Aktiviti assignment adalah slot yang disediakan untuk pelajar memuat naik tugasan pada masa yang ditetapkan. Dalam aktiviti journal, pelajar membuat refleksi kendiri tentang apa yang telah mereka pelajari. Aktiviti Hot Potatoes pula menyediakan pelajaran yang interaktif kepada pelajar. Sistem MOODLE ini menyediakan pangkalan data yang membenarkan guru dan pelajar mengikuti prestasi mereka apabila markah, tempoh masa, kekerapan penggunaan diperolehi hasil daripada aktiviti yang disediakan. Diharapkan projek seperti ini digunakan di sekolah supaya dapat menangani masalah beban guru dan dapat membantu pelajar secara individu.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:E-Pembelajaran, MOODLE, Mathematical Reasoning, Angles Of Elevation And Depression
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11013
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:18 Nov 2010 12:46
Last Modified:07 Sep 2017 07:26

Repository Staff Only: item control page