Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Masalah Guru Pendidikan Khas Program Integrasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah , Daerah Kota Tinggi, Johor.

Mohd Said, Mohd Rizal and Arshad, Muallimah (2010) Masalah Guru Pendidikan Khas Program Integrasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah , Daerah Kota Tinggi, Johor. Masalah Guru Pendidikan Khas Program Integrasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah , Daerah Kota Tinggi, Johor. . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
69Kb

Abstract

Kajian deskriftif ini bertujuan untuk mengkaji masalah-masalah yang di hadapi oleh guru-guru Pendidikan Khas program Integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup. Soal selidik di gunakan sebagai instrumen kajian yang diedarkan kepada sampel yang terdiri daripada sejumlah 33 orang guru yang mengajar di 13 buah sekolah menengah harian biasa, Daerah Kota Tinggi, Johor. Analisis kajian di buat berdasarkan kekerapan, peratusan dan min dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for The Social Services ) versi 12.0. Ujian kebolehpercayaan atau reabiliti analisis telah di jalankan ke atas 10 orang responden yang tidak termasuk dalam sampel kajian dan alpha croanbach yang diperolehi ialah 0.809. Pada keseluruhannya hasil analisis menunjukkan majoriti guru Pendidikan Khas menghadapi permasalahan , terutamanya dalam permasalahan yang berkaitan teori pengajaran dan kemahiran amali, diikuti masalah kurang pengetahuan dan kemahiran dalam mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup, kesukaran mendapat kerjasama daripada ibubapa pelajar dan permasalahan yang akhir berkaitan kemudahan fizikal dan bahan pengajaran untuk matapelajaran kemahiran hidup. Beberapa cadangan diberi bagi mengatasi permasalahan yang di hadapi guru-guru ini, supaya dapat meningkatkan lagi prestasi pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas di masa akan datang. Katakunci : masalah, guru Pendidikan Khas program Integrasi, pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:masalah, guru Pendidikan Khas program Integrasi, pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11011
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:18 Nov 2010 12:41
Last Modified:18 Nov 2010 12:41

Repository Staff Only: item control page