Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pelatih Pusat Giatmara Memilih Bidang Elektrik Dan Elektronik Di Daerah Johor Bahru

Mukhari, Abd. Wahid and Ab. Salam, Siti Salleha (2010) Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pelatih Pusat Giatmara Memilih Bidang Elektrik Dan Elektronik Di Daerah Johor Bahru. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pelatih Pusat Giatmara Memilih Bidang Elektrik Dan Elektronik Di Daerah Johor Bahru. . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
33kB

Abstract

Penyelidikan ini dilaksanakan bertujuan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelatih pusat GIATMARA memilih bidang Elektrik dan Elektronik di daerah Johor Bahru. Faktor-faktor yang dikaji tertumpu kepada faktor mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah, Program Kaunseling Kerjaya di sekolah, rakan sebaya, maklumat daipada laman web GIATMARA, dan peluang kerjaya. Responden penyelidikan terdiri daripada 74 orang pelatih pusat GIATMARA di sekitar daerah Johor Bahru yang sedang mengikuti kursus dalam bidang Elektrik dan Elektronik. Kajian rintis telah dijalankan kepada 20 orang pelatih yang sedang mengikuti kursus dalam bidang Elektrik di pusat GIATMARA Batu Pahat dan nilai kebolehpercayaan yang diperolehi adalah 0.968. Dapatan penyelidikan menunjukkan empat daripada lima faktor yang dikaji mempengaruhi pelatih pusat GIATMARA memilih bidang Elektrik dan Elektronik. Faktor yang paling mempengaruhi adalah faktor peluang kerjaya, diikuti faktor mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah, Program Kaunseling Kerjaya di sekolah dan rakan sebaya.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:faktor, pelatih pusat GIATMARA, elektrik dan elektronik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11009
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:18 Nov 2010 12:35
Last Modified:24 May 2017 07:27

Repository Staff Only: item control page