Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengetahuan Dan Pengamalan Keselamatan Bengkel Dikalangan Pelajar Di Sebuah Institut Kemahiran Belia Negara Di Negeri Terengganu

Abdul Rahman, Mohd Anuar and Abdul Wahab, Mohamad Zulhilmi (2010) Pengetahuan Dan Pengamalan Keselamatan Bengkel Dikalangan Pelajar Di Sebuah Institut Kemahiran Belia Negara Di Negeri Terengganu. Pengetahuan Dan Pengamalan Keselamatan Bengkel Dikalangan Pelajar Di Sebuah Institut Kemahiran Belia Negara Di Negeri Terengganu . pp. 1-14. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
567kB

Abstract

Kajian ini dibuat adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan tahap pengamalan amalan keselamatan bengkel dikalangan pelajar-pelajar Institut Kemahiran Belia Negara. Dalam konteks kajian ini, terdapat lima aspek amalan keselamatan yang telah dikenalpasti iaitu aspek peraturan, persekitaran, sikap pelajar, kemahiran menggunakan alatan tangan dan juga kemahiran dalam menggunakan mesin. Dalam kajian ini, seramai 72 orang pelajar yang terdiri daripada tiga kursus iaitu jurubina bangunan, jurukimpal arka dan pendawaian elektrik terlibat. Kesemua pelajar sedang mengikuti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) pada tahap dua. Kaedah soal selidik skala likert digunakan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan. Dapatan kajian dianalisis denan menggunakan perisian StatisticalPackage For Social Science (SPSS) versi 12. Hasil kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan dan pengamalan pelajar terhadap aspek-aspek keselamatan bengkel adalah tinggi. Namun begitu masih lagi terdapat perkara-perkara yang mencatatkan tahap yang lemah. Oleh yang demikian, penambahbaikan amat perlu dilakukan bagi meminimakan risiko berlakunya kemalangan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords: amalan keselamatan bengkel, Institut Kemahiran Belia Negara
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10999
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Nov 2010 14:02
Last Modified:30 Aug 2017 07:10

Repository Staff Only: item control page