Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kemahiran Komunikasi Dalam Meningkatkan Keyakinan Diri Pelajar. Satu Tinjauan Di Kalangan Ahli Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Universiti Teknologi Malaysia

Buntat, Yahya and Hassan, Muhamad Shahabudin (2010) Kemahiran Komunikasi Dalam Meningkatkan Keyakinan Diri Pelajar. Satu Tinjauan Di Kalangan Ahli Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Universiti Teknologi Malaysia. Kemahiran Komunikasi Dalam Meningkatkan Keyakinan Diri Pelajar. Satu Tinjauan Di Kalangan Ahli Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Universiti Teknologi Malaysia . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
75kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kemahiran komunikasi dalam meningkatkan keyakinan diri di kalangan pelajar melalui melalui tiga aktiviti utama iaitu aktiviti pembentangan, aktiviti berkumpulan dan aktiviti pengurusan. Kajian berbentuk deskriptif tinjauan ini melibatkan sampel 120 orang pelajar daripada populasi seramai 369 orang pelajar yang menjawat jawatan sebagai ahli JKM 13 buah kolej kediaman di UTM Skudai, Johor. Instrumen kajian yang digunakan mengandungi 45 item yang berdasarkan kepada skop kajian. Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji dan nilai Alfa Cronbach ialah 0.97 manakala keesahan item-item diperolehi menerusi perbincangan dengan penyelia. Data-data yang dikumpul seterusnya dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows Version 13.0. Hasil analisis daripada persoalan kajian mendapati bahawa kemahiran komunikasi penting dalam meningkatkan keyakinan diri pelajar. Beberapa cadangan telah dibuat untuk mengukuhkan kemahiran komunikasi pelajar terutamanya dari aspek kemahiran komunikasi semasa pembentangan. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pihakpihak yang berkenaan bagi melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran komunikasi yang berkeyakinan serta mampu bersaing di pasaran kerja kelak. Katakunci: kemahiran komunikasi, keyakinan diri

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kemahiran komunikasi, keyakinan diri
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10998
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Nov 2010 13:18
Last Modified:16 Nov 2010 13:18

Repository Staff Only: item control page