Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Pelajar- Pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) Terhadap Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Program Sijil Teknologi Elektrik Domestik Dan Industri Yang Sedang Mereka Ikuti

Royo, Mohamad Abdillah and Mohamadon, Nurhafiza (2010) Persepsi Pelajar- Pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) Terhadap Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Program Sijil Teknologi Elektrik Domestik Dan Industri Yang Sedang Mereka Ikuti. Persepsi Pelajar- Pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) Terhadap Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Program Sijil Teknologi Elektrik Domestik Dan Industri Yang Sedang Mereka Ikuti . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
58kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji persepsi pelajar-pelajar Institut Kemahiran MARA (IKM) terhadap proses pengajaran dan pembelajaran program Sijil Teknologi Elektrik Domestik dan Industri. Kajian ini merupakan satu kajian kes yang dijalankan di IKM Besut , Terengganu dan IKM Johor Bahru, Johor. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap pengaplikasian kemahiran amali, pengaplikasian pengetahuan daripada segi pengetahuan teori dan pengetahuan umum, kemudahan yang disediakan, pendedahan maklumat kerjaya dan pendedahan berhubung pihak industri. Sampel kajian ini terdiri daripada 66 responden yang mana 33 orang responden dari IKM Besut dan 33 Orang dari IKM Johor Bahru. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik. Terdapat dua bahagian dalam soal selidik yang disediakan di mana bahagian A merangkumi maklumat yang berkaitan dengan diri responden manakala bahagian B adalah berkaitan dengan persoalan kajian bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Data-data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS for Windows versi 13.0 untuk mendapatkan nilai taburan kekerapan, peratusan dan min. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 10 orang responden yang terdiri daripada pelajar dari IKM Johor Bahru.. Hasilnya, didapati nilai alpha yang diperoleh 0.9197. Pada keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan persepsi pelajar-pelajar Institut Kemahiran MARA (IKM) terhadap proses pengajaran dan pembelajaran program Sijil Teknologi Elektrik Domestik dan Industri adalah bersifat neutral. Ini menunjukkan proses pengajaran dan pembelajaran di IKM belum sampai ke tahap yang memuaskan pada pandangan pelajar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:persepsi pelajar, IKM, sijil teknologi elektrik domestik dan industri
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10989
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Nov 2010 05:06
Last Modified:16 Nov 2010 05:06

Repository Staff Only: item control page