Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Pelajar Jabatan Teknik Dan Kejuruteraan Terhadap Pelaksanaan Program Latihan Industri Fakulti Pendidikan

Mohd. Noor, Norani and Baiman, Lokman (2010) Persepsi Pelajar Jabatan Teknik Dan Kejuruteraan Terhadap Pelaksanaan Program Latihan Industri Fakulti Pendidikan. Persepsi Pelajar Jabatan Teknik Dan Kejuruteraan Terhadap Pelaksanaan Program Latihan Industri Fakulti Pendidikan. . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
131kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi pelajar Fakulti Pendidikan terhadap program latihan industri yang telah mereka jalani. Objektif kajian merangkumi beberapa bahagian, iaitu terhadap kesesuaian tempat latihan industri, penerapan sikap kerja, kesesuaian program di universiti dengan pengetahuan dan kemahiran di tempat latihan industri, penerapan kemahiran generik, dan akhir sekali penilaian latihan industri. Kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan seramai 69 orang pelajar yang telah menjalani latihan industri daripada kursus Pengajian Teknologi serta Pendidikan di Jabatan Teknik dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Instrumen kajian mengandungi sejumlah 41 item. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach ialah 0.7368, dan pengesahan item telah dilakukan bersama-sama dengan pakar yang terlibat. Data-data yang dikumpul seterusnya dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) For Windows Version 12. Hasil kajian yang diperolehi melalui kajian ini mendapati bahawa soalan-soalan kajian yang diutarakan adalah berada pada tahap kesetujuan yang tinggi kecuali soalan kajian mengenai kesesuaian program di universiti dengan pengetahuan dan kemahiran di tempat latihan industri berada pada tahap sederhana. Soalan kajian yang dikategorikan sebagai berada pada tahap tinggi ialah kesesuaian tempat latihan industri, penerapan sikap kerja, penerapan kemahiran generik dan penilaian latihan industri. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan bahan atau sumber rujukan yang dapat dimanfaatkan oleh penyelidik lain dalam penambahbaikan program latihan industri.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:latihan industry
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10981
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:15 Nov 2010 13:21
Last Modified:27 Feb 2017 08:28

Repository Staff Only: item control page