Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Corak Kadar Denyutan Jantung Semasa Perlawanan Bola Jaring

Morazuki, Syahrul Ridhwan and Hassan, Khalifah Mastura (2010) Corak Kadar Denyutan Jantung Semasa Perlawanan Bola Jaring. Corak Kadar Denyutan Jantung Semasa Perlawanan Bola Jaring . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
87kB

Official URL: http://www.academia.edu/1206520/Corak_Kadar_Denyut...

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti corak kadar denyutan jantung dan membuat perbandingan ke atas kadar denyutan jantung atlet bola jaring mengikut kumpulan posisi semasa perlawanan serta mengukur peratusan kadar denyutan jantung maksimum ketika menjaringkan dan dijaringkan gol. Seramai tujuh orang pemain utama bola jaring peringkat universiti yang berumur 21 dan 22 tahun terlibat dalam kajian ini. Kajian ini merangkumi dua fasa iaitu Ujian Makmal (Fasa 1) dan Perlawanan Simulasi (Fasa 2). Dalam Fasa 1, subjek berlari di atas treadmill sehingga mencapai tahap kepenatan maksimum manakala bagi Fasa 2 subjek bermain dalam perlawanan simulasi selama 30 minit (15 minit bagi setiap separuh masa) dengan masa rehat 3 minit di antara separuh masa pertama dan kedua. Dapatan kajian mendapati corak kadar denyutan jantung bagi setiap pemain adalah berbeza. Corak kadar denyutan bagi posisi WD adalah tinggi di sepanjang perlawanan berbanding dengan posisi yang lain. Didapati purata dan peratusan kadar denyutan jantung ketika menjaringkan gol ialah 170.0 ± 11.0 bpm dan 93.6% manakala ketika dijaringkan gol ialah 170.7 ± 9.3 bpm dan 94.0%. Analisis Ujian One Way ANOVA menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi kadar denyutan jantung ketika menjaring dan dijaringkan gol. Keputusan yang diperolehi mendapati kesemua subjek mencapai HRmax melebihi 80% semasa perlawanan simulasi. Ini menunjukkan bahawa perlawanan bola jaring adalah perlawanan yang berintensiti tinggi dan memerlukan pemain menghasilkan tenaga yang banyak di sepanjang perlawanan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:atlet bola jaring, kadar denyutan jantung
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10978
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:15 Nov 2010 13:13
Last Modified:21 May 2017 03:41

Repository Staff Only: item control page