Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Literasi Sains Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Aliran Agama Di Daerah Hilir Perak , Perak.

Ibrahim , Mohd Ali and Mohd Aspar, Nor Hafiz (2010) Tahap Literasi Sains Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Aliran Agama Di Daerah Hilir Perak , Perak. Tahap Literasi Sains Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Aliran Agama Di Daerah Hilir Perak , Perak. . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
103kB

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji tahap pengetahuan konsep dan aplikasi sains dalam kehidupan pelajar tingkatan empat aliran agama. Responden kajian terdiri daripada 131 orang pelajar tingkatan empat dari empat buah sekolah di daerah Hilir Perak, Perak. Alat kajian terdiri daripada satu set borang soal selidik dengan nilai kebolehpercayaannya ialah ? = 0.813. Hasil analisis menunjukkan bahawa min tahap pengetahuan sains ialah 2.77 dan min aplikasi sains ialah 2.66. Ini menunjukkan tahap pengetahuan sains dan aplikasi sains berada pada tahap yang tinggi. Hasil ujian t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan bererti antara lelaki dan perempuan dalam tahap pengetahuan sains dan aplikasi sains dalam kehidupan (p > 0.05 ). Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan bererti terhadap tahap pengetahuan sains dan aplikasi sains dengan kumpulan pencapaian gred PMR pelajar baik dan pelajar lemah (p < 0.05). Kolerasi Pearson pula menunjukkan perkaitan yang signifikan antara pengetahuan sains dan aplikasi sains ( r = .657, p < 0.01 ).

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:tahap literasi sains, kehidupan pelajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10977
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:15 Nov 2010 11:36
Last Modified:15 Nov 2010 11:36

Repository Staff Only: item control page