Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan bahan e-pembelajaran berasaskan sistem pengurusan kursus : cell structure and cell organisation,chemical composition of the cell dan dynamic ecosystem

Ismail, Zaleha and Raja Mansor, Raja Norhapizah (2010) Pembangunan bahan e-pembelajaran berasaskan sistem pengurusan kursus : cell structure and cell organisation,chemical composition of the cell dan dynamic ecosystem. Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan Sistem Pengurusan Kursus: Cell Structure And Cell Organisation,Chemical Composition Of The Cell Dan Dynamic Ecosystem . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
158kB

Abstract

Perkembangan teknologi komputer khususnya teknologi multimedia, teknologi rangkaian dan telekomunikasi telah menjadi pemangkin kepada perkembangan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi terkini secara kreatif dan inovatif mampu melahirkan bahan pengajaran yang bermutu tinggi dan dapat menarik minat pelajar dalam bidang pendidikan sains. Justeru pendekatan melalui web portal menjadi fokus di negara maju dan kini semakin popular di negara membangun terutama untuk melahirkan masyarakat yang berliterasi. Walaubagaimanapun, keberkesanan e-pembelajaran adalah bergantung kepada pendekatan pedagogi yang diterapkan di dalamnya. Di dalam pembangunan web portal ini, satu Sistem Pengurusan Kursus yang dikenali sebagai MOODLE telah dipilih. Sistem ini dianggap sesuai memandangkan rekabantuknya menyokong teori konstruktivisme sosial yang bercirikan akses kendiri. Web portal ini merangkumi tajuk ‘Cell structure and cell organisation’, Chemical composition of the cell’ dan ‘Dynamic ecosystem’. Bagi setiap tajuk, sumber yang disediakan merangkumi ‘Teacher’s Note’ dimana ia boleh didapati dalam format hypertext markup language (html) dan power point presentation (ppt), manakala aktiviti pula dilahirkan dalam bentuk ‘Student’s Lesson’, Quiz, Forum, Chat dan Hot Potatoes Quiz. Web portal ini berkeupayaan memberi tindakbalas yang spontan secara bimbingan disamping pelajar dan guru dapat berkolaborasi, memberikan satu kelebihan terhadap pendekatannya di mana gaya pembelajaran seperti ini sukar dicapai dalam sistem pendidikan tradisional.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:bahan E-Pembeljaran, cell structure and cell organisation, chemical composition of the cell, dynamic ecosystem
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10975
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:15 Nov 2010 11:30
Last Modified:13 May 2011 09:02

Repository Staff Only: item control page