Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Visualisasi Pelajar Mengenai Konsep Asid Dan Bes

Arshad, Mohamad Yusof and Malek, Salmiah (2010) Visualisasi Pelajar Mengenai Konsep Asid Dan Bes. Visualisasi Pelajar Mengenai Konsep Asid Dan Bes . pp. 1-4. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
48Kb

Abstract

Kajian yang bertajuk ‘Visualisasi Pelajar Mengenai Konsep Asid dan Bes’ ini bertujuan untuk mengenalpasti visualisasi pelajar mengenai konsep asid dan bes. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang berupa soalan struktur yang memerlukan pelajar untuk melukis zarah (atom, ion dan molekul) dan memberi penjelasan terhadap suatu konsep dan tindak balas kimia dalam tajuk asid dan bes. Seramai 150 orang responden telah dipilih dari kalangan pelajar tingkatan lima di beberapa buah sekolah menengah di sekitar Johor Bharu. Respon yang diperolehi daripada pelajar dikategorikan sebagai jawapan saintifik, kerangka alternatif dan juga tiada respon. Ia telah dipersembahkan dalam bentuk jadual dan peratusan menurut kekerapan jawapan. Dapatan kajian mendapati bahawa pelajar mempunyai beberapa kerangka alternatif dan menghadapi masalah dalam menvisualisasikan konsep asid dan bes. Di akhir kajian ini, penyelidik mencadangkan satu modul pengajaran kemahiran berfikir iaitu strategi metakognitif yang dapat digunapakai oleh pihak guru untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran kimia di sekolah. Katakunci: konsep asid dan bes

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:konsep asid dan bes
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10966
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:12 Nov 2010 14:05
Last Modified:12 Nov 2010 14:05

Repository Staff Only: item control page