Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Bagi Kursus Bahasa Pengaturcaraan I (C++) Topik Struktur Gelung Dan Struktur Kawalan

Mohd. Zaid, Norasykin and Ismail, Noor Liza (2010) Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Bagi Kursus Bahasa Pengaturcaraan I (C++) Topik Struktur Gelung Dan Struktur Kawalan. Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Bagi Kursus Bahasa Pengaturcaraan I (C++) Topik Struktur Gelung Dan Struktur Kawalan . pp. 1-5. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
317kB

Abstract

Projek ini dilaksanakan untuk menghasilkan sebuah perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) bagi kursus Bahasa Pengaturcaraan I (C++) bagi topic struktur gelung dan struktur kawalan. Isi kandungan perisian PBK ini merangkumi topik Pengenalan kepada C++, Struktrur Kawalan dan Struktur Gelung. Pembelajaran berasaskan senario digunakan dalam penyampaian isi pelajaran bagi topik Struktur Kawalan dan Struktur Gelung di mana pengguna akan diberikan satu situasi berkaitan aktiviti harian pada permulaan paparan. Manakala strategi pengajaran yang digunakan dalam perisian PBK ini ialah tutorial, latihan, dan permainan bagi memudahkan pemahaman dan menarik minat pelajar. Persekitaran yang aktif dan interaktif juga disediakan dalam perisian PBK ini bagi mewujudkan suasana ingin belajar. Proses pembangunan perisian PBK ini mengaplikasikan model Rekabentuk Instruksi Bersistem iaitu model Hannafin dan Peck sebagai panduan. Perisian PBK ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Adobe Authorware 7.0 sebagai perisian utama dan disokong oleh perisian-perisian lain seperti Macromedia Flash Professional 8, Adobe Photoshop CS2 dan Sony Sound Forge 7.0. Dengan terbinanya perisian ini diharapkan dapat membantu pelajar menguasai konsep dan dapat mengaplikasikannya dalam pembelajaran bahasa pengaturcaraan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK), Bahasa Pengaturcaraan I (C++), Struktur Gelung dan Struktur Kawalan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10963
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:12 Nov 2010 10:31
Last Modified:03 Mar 2017 05:35

Repository Staff Only: item control page