Ismail , Zaleha and Adni, Noor Diyana Adilah (2010) Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan MOODLE Bertajuk ‘Sets’ Dan ‘Trigonometry Ii’ Matematik Tingkatan Empat. Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan MOODLE Bertajuk ‘Sets’ Dan ‘Trigonometry Ii’ Matematik Tingkatan Empat . pp. 1-9. (Unpublished)
|
PDF
868kB |
Abstract
Pembelajaran berasaskan web telah dilihat sebagai satu alternatif yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Projek e-pembelajaran bertajuk ‘Sets’ dan ‘Trigonometry II’ ini telah memilih sistem pengurusan kursus, MOODLE yang mampu menyediakan pembelajaran berpusatkan pelajar dan mewujudkan persekitaran konstruktivisme sosial di mana guru, pelajar dan bahan pembelajaran saling berinteraksi di antara satu sama lain melalui sumber dan aktiviti interaktif yang disediakan. Nota guru yang disediakan dalam format html dan power point ini dibangunkan berdasarkan objektif pembelajaran manakala nota pelajar adalah berdasarkan sukatan KBSM Nota guru dan nota pelajar mempunyai paparan nota yang ringkas, padat, menarik, terkini, interaktif, set induksi yang berkaitan dengan pengalaman dan kehidupan seharian pelajar dan disertakan juga soalan yang memandu pelajar berfikir. Antara aktiviti interaktif yang dibangunkan dalam MOODLE ini adalah seperti Kuiz, Hot Potatoes Quiz, Tugasan, Forum, ‘Chat’ dan Journal. Elemen soalan kuiz dibina berdasarkan miskonsepsi dan analisis kesilapan yang sering pelajar lakukan dan setiap jawapan akan diberikan maklumbalas. Sistem pengkalan data membenarkan guru dan pelajar dapat mengikuti prestasi pelajar berdasarkan markah, tempoh masa, kekerapan yang boleh diperolehi. Tugasan juga diberikan dalam usaha untuk memberi peneguhan kepada pelajar khususnya. Di dalam ruangan forum dan ’Chat’, pelajar dan guru dapat saling berinteraksi antara satu sama lain. Pelajar juga dapat melakukan refleksi pembelajaran di dalam journal. Projek ini telah menggunakan pendekatan bersistem model ADDIE yang merangkumi lima fasa iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | E-pembelajaran, MOODLE, Sets, Trigonometry |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10962 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 12 Nov 2010 10:28 |
Last Modified: | 12 Nov 2010 10:28 |
Repository Staff Only: item control page