Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kemahiran Generik Yang Diperoleh Pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) PKPG Semasa Menjalani Latihan Industri

Sulaiman , Hanim and Sapuan, Noor Hafisah (2010) Kemahiran Generik Yang Diperoleh Pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) PKPG Semasa Menjalani Latihan Industri. Kemahiran Generik Yang Diperoleh Pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) PKPG Semasa Menjalani Latihan Industri . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
67kB

Abstract

Kajian berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran generik yang diperoleh di kalangan pelajar-pelajar tahun empat Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 118 orang pelajar yang telah menjalani latihan industri selama lapan minggu dan kini berada di semester akhir pengajian telah terlibat sebagai sampel kajian ini. Antara kemahiran generik yang dikaji adalah kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran penyelesaian masalah, bekerja secara berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, keusahawanan, kepimpinan dan kemahiran proaktif dan etika dan moral profesional. Instrumen kajian adalah dengan menggunakan kaedah soal selidik skala Likert lima mata. Nilai alpha crobanch bagi indeks kebolehpercayaan item soal selidik dalam kajian rintis yang telah dijalankan ialah 0.894. Data mentah yang diperoleh telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Science (SPSS) version 14.0. Dapatan kajian menunjukkan keseluruhan elemen kemahiran generik berada pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan latihan industri yang diikuti oleh pelajar dapat membentuk kemahiran generik dalam diri pelajar. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi memungkinkan kajian lanjutan dijalankan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:tahap kemahiran generik, Pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) PKPG
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10959
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:12 Nov 2010 10:21
Last Modified:12 Nov 2010 10:21

Repository Staff Only: item control page