Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Struktur, strategi dan prestasi pengurusan fasiliti

Jasimin, Tuti Haryati and Mohammed, Abdul Hakim (2005) Struktur, strategi dan prestasi pengurusan fasiliti. Proceedings Of The 4th Micra Conference . (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
198kB

Abstract

Kertas kerja ini menyatakan tentang hubungkait di antara struktur organisasi, strategi serta prestasi bagi pengurusan fasiliti dalam sesebuah organisasi. Ini merujuk kepada permasalahan yang timbul dalam institusi perbankan di mana pengurusan fasiliti yang dijalankan tidak mempunyai struktur organisasi tersendiri. Ini bermakna tiada pengkhususan yang dijalankan terhadap pengurusan fasiliti. Pengurusan fasiliti juga diuruskan oleh mereka yang bukan dalam bidang yang berkaitan. Ini akan menyebabkan pengurus fasiliti menjalankan pengurusannya berdasarkan trial and error. Selain itu, organisasi perbankan hanya mempertimbangkan pengurusan fasiliti sebagai fungsi operasi sahaja tanpa mempertimbangkan bagaimana fasiliti boleh memberikan faedah terhadap aktiviti utama organisasi untuk jangka masa panjang. Objektif kajian ini ialah: (a) mengenalpasti strategi pengurusan fasiliti; (b) mengenalpasti struktur organisasi pengurusan fasiliti; (c) mengenalpasti prestasi pengurusan fasiliti; dan (d) Mengkaji hubungan antara strategi, struktur organisasi dan prestasi pengurusan fasiliti. Skop kajian ini meliputi organisasi perbankan utama di Malaysia. Kajian ini dijalankan dalam empat peringkat iaitu kajian literatur, kajian awal, kajian soal-selidik dan pengesahan hasil kajian. Kajian literatur akan ditumpukan terhadap strategi, struktur organisasi dan prestasi pengurusan fasiliti. Kajain awal merupakan temubual dengan pihak industri bagi mendapatkan maklumbalas terhadap hasil kajian literatur. Kajian soal-selidik pula diperlukan bagi mendapatkan pandangan industri secara keseluruhan tentang perkara yang dikaji. Akhir sekali pengesahan kajian akan dibuat bagi mengukuhkan hasil kajian supaya relevan dengan keperluan industri. Hasil penemuan penyelidikan dijangka dapat memberikan suatu gambaran tentang kepentingan hubungan antara strategi dan struktur organisasi dalam mencapai prestasi pengurusan fasiliti yang cemerlang.

Item Type:Article
Additional Information:ISBN 983-100-253-9
Uncontrolled Keywords:pengurusan fasiliti, struktur organisasi, strategi pengurusan fasiliti, prestasi pengurusan fasiliti, institusi perbankan
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Geoinformation Science And Engineering
ID Code:1095
Deposited By: Dr Suriatini Ismail
Deposited On:26 Feb 2007 06:11
Last Modified:16 Jan 2012 05:36

Repository Staff Only: item control page