Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Permasalahan Yang Dihadapi Oleh Pelajar PKPG (4SPH) Semasa Mengikuti Pengajian Di UTM.

Sulaiman , Hanim and Mukhtar, Muhammad Niezam (2010) Permasalahan Yang Dihadapi Oleh Pelajar PKPG (4SPH) Semasa Mengikuti Pengajian Di UTM. Permasalahan Yang Dihadapi Oleh Pelajar PKPG (4SPH) Semasa Mengikuti Pengajian Di UTM. . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
52kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat kewujudan masalah di kalangan pelajar-pelajar PKPG semasa mengambil ijazah di Universiti Teknologi Malaysia. Objektif kajian ialah untuk mengenal pasti sejauh mana aspek pengurusan masa, kewangan, keluarga dan penerimaan pembelajaran menjadi masalah kepada pelajar PKPG semasa belajar di UTM. Responden terdiri daripada 126 orang pelajar PKPG tahun akhir kursus Kemahiran Hidup (4SPH). Reka bentuk kajian yang dijalankan adalah menggunakan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif dengan menggunakan statistik deskriptif perbandingan min. Instrumen kajian yang digunakan ialah set soal selidik yang digunakan untuk mengumpulkan data mengenai empat aspek iaitu aspek pengurusan masa, kewangan, keluarga dan penerimaan pembelajaran. Nilai kebolehpercayaan Alpha ialah 0.783. Semua data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan program Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 13.0 untuk memperolehi frekuensi, peratus dan min. Hasil kajian mendapati pelajar-pelajar PKPG tidak menghadapi masalah yang serius dalam aspek yang dikaji. Tetapi jika dilihat daripada aspek kewangan, nilai dapatan purata min menunjukkan pada tahap sederhana iaitu 3.53. Hasilan data ini menunjukkan bahawa faktor ini memberi kesan secara amnya kepada pelajar PKPG semasa mengambil ijazah di UTM. Beberapa cadangan telah di kemukakan untuk tindakan pihak yang berkenaan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar yang terlibat.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:PKPG (4SPH), masalah
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10948
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:11 Nov 2010 05:26
Last Modified:11 Nov 2010 05:26

Repository Staff Only: item control page