Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Masalah Pembelajaran Pelajar Sekolah Menengah Dalam Mata Pelajaran Sains Tingkatan 2 Tajuk : Fotosintesis

Bakar, Md Nor and Syed Muammar Billah, Syed Muhamad Masalah Pembelajaran Pelajar Sekolah Menengah Dalam Mata Pelajaran Sains Tingkatan 2 Tajuk : Fotosintesis.

[img]
Preview
PDF
88kB

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran pelajar sekolah menengah dalam mata pelajaran sains tingkatan dua dalam tajuk fotosintesis. Kajian ini telah dijalankan di dua buah sekolah menengah di negeri Selangor. Seramai 102 orang pelajar tingkatan dua yang telah terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Empat faktor yang diberi tumpuan dalam kajian ini iaitu tahap kefahaman pelajar, jantina pelajar, keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pelajar dan juga keputusan peperiksaan akhir tahun 2007 pelajar. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan melalui penggunaan borang soal selidik yang dijawab oleh responden. Nilai darjah kebolehpercayaan (alpha croncbach) bagi instrumen yang digunakan ialah ?= .73. Data dianalisis berdasarkan peratusan dan kekerapan responden yang menjawab pilihan jawapan yang betul dan salah. Analisis data telah ditentukan dengan menggunakan “Statistical Package For Science Social (SPSS) V12.00” untuk mendapatkan min, kekerapan dan peratusan. Di antara hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kefahaman konsep fotosintesis pelajar adalah berada pada kedudukan sederhana berdasarkan kepada pembahagian lima tahap kefahaman. Manakala bagi tiga faktor lagi iaitu jantina pelajar, keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pelajar dan juga keputusan peperiksaan akhir tahun 2007 pelajar menunjukkan bahawa tidak terdapatnya perbezaan yang signifikan dengan kefahaman konsep fotosintesis. Akhir sekali, beberapa cadangan telah dikemukakan untuk para guru dan pelajar bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar yang antaranya iaitu memastikan konsep dan idea awal yang dibentuk oleh pelajar adalah betul dan selari dengan teori sebenar, mempelbagaikan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan alat bantu mengajar yang lebih berkesan serta menjalankan penilaian formatif secara berterusan bagi mengesan kekeliruan konsep dengan lebih awal.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
ID Code:10944
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:11 Nov 2010 05:13
Last Modified:16 Aug 2017 08:39

Repository Staff Only: item control page