Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Kefahaman Dan Pengaplikasian Konsep Daya Dan Tekanan Dalam Kehidupan Seharian Dalam Kalangan Pelajar Tahun Akhir Program Pendidikan Fizik

Kamarudin, Meor Ibrahim and Haji Isa, Hatimah Naim (2010) Tahap Kefahaman Dan Pengaplikasian Konsep Daya Dan Tekanan Dalam Kehidupan Seharian Dalam Kalangan Pelajar Tahun Akhir Program Pendidikan Fizik. Tahap Kefahaman Dan Pengaplikasian Konsep Daya Dan Tekanan Dalam Kehidupan Seharian Dalam Kalangan Pelajar Tahun Akhir Program Pendidikan Fizik . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
137Kb

Abstract

Dalam pembelajaran fizik, pemahaman konsep merupakan satu aspek asas yang paling penting bagi memastikan pembelajaran bermakna dan berkesan berlaku. Daya dan tekanan merupakan satu topik yang sukar difahami oleh kebanyakan pelajar. Sehubungan itu, satu kajian dijalankan untuk mengenalpasti tahap kefahaman pelajar terhadap konsep daya dan tekanan dan tahap pengpalikasian konsep tersebut dalam fenomena sebenar. Seramai 44 orang pelajar Tahun Akhir Program Pendidikan Fizik dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia telah dipilih sebagai responden. Satu set soal-selidik ‘Kefahaman dan Pengaplikasian Konsep Daya dan Tekanan’ (KPKDT) digunakan untuk mengumpul data. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif (frekuensi skor, peratusan dan min) serta statistic inferensi (korelasi Pearson). Hasil kajian menunjukkan tahap kefahaman dan pengaplikasian konsep daya dan tekanan dalam kehidupan seharian dalam kalangan pelajar adalah serdahana masing-masing. Dapatan kajian juga mendapati wujud korelasi yang rendah antara tahap kefahaman dan pengaplikasian konsep daya dan tekanan. Bagaimanapun, hubungan ini tidak signifikan. Beberapa implikasi daripada hasil kajian terhadap kefahaman dan pengaplikasian konsep daya dan tekanan diberikan dan cadangan-cadangan untuk kajian lanjutan disertakan di akhir laporan. Katakunci: Daya, Pengaplikasian Konsep, Tahap Kefahaman, Tekanan

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Daya, Pengaplikasian Konsep, Tahap Kefahaman, Tekanan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10943
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:11 Nov 2010 04:28
Last Modified:11 Nov 2010 04:28

Repository Staff Only: item control page