Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan Sistem Pengurusan Bahan Pembelajaran (LCMS) Dan Sistem Pengurusan Sekolah Berasaskan Web (WSMS) Dalam Pengurusan Pembelajaran Dan Pentadbiran Di Sekolah Bestari

Yeo, Kee Jiar and Ahmad Shafawi, Ismail Wasi (2010) Penggunaan Sistem Pengurusan Bahan Pembelajaran (LCMS) Dan Sistem Pengurusan Sekolah Berasaskan Web (WSMS) Dalam Pengurusan Pembelajaran Dan Pentadbiran Di Sekolah Bestari. Penggunaan Sistem Pengurusan Bahan Pembelajaran (LCMS) Dan Sistem Pengurusan Sekolah Berasaskan Web (WSMS) Dalam Pengurusan Pembelajaran Dan Pentadbiran Di Sekolah Bestari . pp. 1-14. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
285kB

Abstract

Kajian ini mengkaji penggunaan Sistem Pengurusan Bahan Pembelajaran (LCMS) dan Sistem Pengurusan Sekolah Berasaskan Web (WSMS) dalam pengurusan pembelajaran dan pentadbiran di Sekolah Bestari. Kajian ini berbentuk deskriptif melalui kaedah tinjauan menggunakan soal selidik dengan skala empat mata Likert bertujuan untuk mengetahui tahap penggunaan, persepsi, kesediaan dan kekangan dalam penggunaan LCMS dan WSMS. Soal selidik diedarkan kepada 50 orang responden di dua buah Sekolah Bestari di Kuala Lumpur. Data dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan perisian “Statiscal Package For The Social Sciences (SPSS)” versi 13.0 bagi mendapat frekuensi, peratusan dan min. Sebelum dilakukan kajian sebenar, kajian rintis telah dijalankan dengan nilai alpha yang diperoleh ialah 0.866. Hasil Kajian menunjukkan tahap penggunaan (min=2.94), persepsi (min=2.95), kesediaan (min=2.84) dan kekangan (min=2.31) berada pada paras sederhana dalam penggunaan dan pelaksanaan LCMS dan WSMS dalam pengurusan pembelajaran dan pentadbiran di Sekolah Bestari. Beberapa cadangan dikemukakan bagi mengoptimumkan penggunaan dalam pengurusan pembelajaran dan pentadbiran di Sekolah Bestari.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Sistem Pengurusan Bahan Pembelajaran (LCMS), Sistem Pengurusan Sekolah Berasaskan Web (WSMS), Sekolah Bestari
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10942
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:11 Nov 2010 04:20
Last Modified:16 Aug 2017 08:42

Repository Staff Only: item control page