Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian Prestasi Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan Terhadap Atlet Lumba Basikal Sukma 2008

Ismail, Muhamad Hafiz and Che Ali, Hazlini (2010) Kajian Prestasi Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan Terhadap Atlet Lumba Basikal Sukma 2008. Kajian Prestasi Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan Terhadap Atlet Lumba Basikal Sukma 2008 . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
149kB

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengukur pretasi atlet lumba basikal SUKMA 2008 berdasarkan kepada komponen Kecergasaan Fizikal Berasaskan Kesihatan. Terdapat empat jenis ujian yang ditadbirkan ke atas 7 orang subjek yang berumur dalam lingkungan 23 tahun ke bawah iaitu perempuan dan lelaki. Instrumen pengujian yang digunakan dalam kajian ini ialah Ujian 7 Step Sit-Up, Ujian Endurance Crunch, Ujian Sit & Reach dan Ujian Skinfold. Kajian yang dilaksanakan ini adalah berbentuk eksperimental di mana data akan diperolehi melalui ujian pre dan ujian post. Proses penganalisaan penyelidikan ini menggunakan program Statistical Packages for Social Science Version 12 (SPSS) dan Microsoft Excel 2003. Ujian-t sampel berpasangan digunakan untuk mengukur sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pre dan ujian post. Bagi komponen Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan, aras signifikan yang ditetapkan dalam kajian ini ialah p<0.05. Hasil keputusan yang diperolehi adalah terdapat perbezaan yang signifikan bagi Ujian 7 Step Sit-Up untuk atlet lelaki. Manakala untuk ujian yang lain tidak terdapat perbezaan yang signifikan. Analisis statik menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi skor atlet lelaki untuk Ujian 7 Step Sit-Up (p = .035). Hasil kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan untuk Ujian 7 Step Sit-Up perempuan iaitu (p = .205), Ujian Endurance Crunch untuk lelaki (p = .193), perempuan (p = .295), Ujian Sit & Reach untuk lelaki (p = .426), perempuan (p = .500) dan juga Ujian Skinfold untuk lelaki (p = .293), perempuan (p = 1.000). Oleh yang demikian hipotesis null yang pertama untuk atlet lelaki diterima.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:atlet lumba basikal, Kecergasaan Fizikal Berasaskan Kesihatan, pretasi
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10940
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:11 Nov 2010 04:06
Last Modified:16 Aug 2017 08:45

Repository Staff Only: item control page