Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kekurangan Pelajar Lelaki Menceburi Profesion Perguruan Sebagai Kerjaya : Satu Tinjauan

Abdullah, Christina Andin @ Qistina and Stephen, Fredelis (2010) Kekurangan Pelajar Lelaki Menceburi Profesion Perguruan Sebagai Kerjaya : Satu Tinjauan. Kekurangan Pelajar Lelaki Menceburi Profesion Perguruan Sebagai Kerjaya : Satu Tinjauan . pp. 1-11. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
200kB

Abstract

Isu kekurangan guru lelaki yang kritikal pada masa kini sentiasa dikaitkan dengan pelbagai masalah disiplin di sekolah hari ini. Oleh itu satu kajian telah dijalankan bagi mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan kurangnya pelajar lelaki memilih profesion perguruan sebagai kerjaya. Faktor-faktor tersebut adalah ciri-ciri kerjaya guru, persekitaran dan persepsi terhadap profesion perguruan. Seramai 85 orang pelajar lelaki tahun satu daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (Am) di Universiti Teknologi Malaysia telah dipilih sebagai responden. Data dan maklumat yang diperolehi melalui borang soal selidik telah di analisis dengan menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) Versi 13.0 serta analisis deskriptif berbentuk frekuensi dan peratusan. Hasil dapatan kajian menunjukkan hanya dua faktor iaitu ciri-ciri kerjaya guru dan faktor persekitaran yang menyebabkan kurangnya golongan lelaki memilih perguruan sebagai kerjaya.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kekurangan guru lelaki, profesion perguruan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10935
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:10 Nov 2010 10:35
Last Modified:16 Aug 2017 08:25

Repository Staff Only: item control page