Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Keberkesanan PBK Bertajuk Statistik (II) Yang Disediakan Oleh KPM Bagi Pelajar-Pelajar Tingkatan Tiga Di Dua Buah Sekolah Daerah Kota Tinggi, Johor

Md Salleh, Shaharuddin and Misman, Hanapi (2010) Keberkesanan PBK Bertajuk Statistik (II) Yang Disediakan Oleh KPM Bagi Pelajar-Pelajar Tingkatan Tiga Di Dua Buah Sekolah Daerah Kota Tinggi, Johor. Keberkesanan PBK Bertajuk Statistik (II) Yang Disediakan Oleh KPM Bagi Pelajar-Pelajar Tingkatan Tiga Di Dua Buah Sekolah Daerah Kota Tinggi, Johor . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
306kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menguji keberkesanan Pembelajaran Berbantukan Perisian Komputer (PBK) bagi Tajuk Statistik(II) yang disediakan oleh KPM bagi pelajar-pelajar tingkatan 3 di 2 buah sekolah Daerah Kota Tinggi, Johor. Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif yang dirancang iaitu keberkesanan diantara kaedah pengajaran menggunakan perisian dan kaedah pengajaran bercorak tradisional. Selain dari itu kajian mengenai faktor – faktor keberkesanan dan faktor – faktor ketidakkeberkesanan PBK juga dilaksanakan. Seramai 80 orang pelajar tingkatan tiga dipilih daripada dua buah sekolah menengah yang mewakili pengajaran PBK dan tradisional. Dua instrumen telah digunakan dalam kajian ini iaitu satu set soal selidik mengenai PBK dan satu set soal selidik mengenai pengajaran tradisional. Nilai kebolehpercayaan instrumen adalah ? = .9283 untuk pengajaran PBK dan ? = .8736 untuk pengajaran tradisional. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package Science Social (SPSS) versi 11.5. Statistik diskriptif iaitu pengiraan min keseluruhan digunakan untuk menganalisis data dalam kajian ini. Analisis data telah menunjukkan purata min keseluruhan pembelajaran PBK berada ditahap yang tinggi iaitu 3.98. Faktor – faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran PBK mencatatkan jumlah peratusan yang tinggi iaitu penyampaian (77.5%), aktiviti (70%), warna (67.5%), kejelasan (82.5%), kejelasan tulisan (90%), muzik (60%), animasi (67.5%), latihan (75%), kelancaran (80%) dan kepuasan (75%). Manakala jumlah peratusan yang mempengaruhi ketidakkeberkesanan PBK ialah penyampaian (22.5%), aktiviti (30%), warna (32.5%), kejelasan (17.5%), kejelasan tulisan (10%), muzik (40%), animasi (32.5%), latihan (25%), kelancaran (20%) dan kepuasan (25%). Secara keseluruhannya, penggunaan bahan bantu mengajar berbantukan perisian komputer telah memberi kesan yang positif ke atas proses pengajaran dan pembelajaran.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Pembelajaran Berbantukan Perisian Komputer (PBK), Tajuk Statistik(II)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10934
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:10 Nov 2010 10:30
Last Modified:16 Aug 2017 08:14

Repository Staff Only: item control page