Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Perisian Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik Unit Teras Semiconductor Tingkatan 4

Yeo, Kee Jiar and Mohammad Hussain, Mohd Azlan (2010) Pembangunan Perisian Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik Unit Teras Semiconductor Tingkatan 4. Pembangunan Perisian Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik Unit Teras Semiconductor Tingkatan 4 . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
129Kb

Abstract

Pembangunan perisian multimedia dalam pendidikan semakin penting kerana dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah perisian Pengajaran dan Pembelajaran Berbantu Komputer (PPBK) bertajuk “Semiconductor” bagi mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (PKEE). Pendekatan PPBK yang mendasari pembangunan perisian ini adalah gabungan tutorial, simulasi dan latih tubi. Penghasilan perisian PPBK ini adalah penting untuk pelajar dan guru bagi mata pelajaran PKEE untuk membentuk proses pebelajaran dikalangan pelajar dengan lebih mudah, berkesan dan menyeronokkan. Pembangunan perisian ini adalah berasaskan model yang dicadangkan oleh Hannafin dan Peck (1997) dan Bostock (1998). Model ini terbahagi kepada 3 fasa iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk dan pelaksanaan serta fasa penilaian. Alat pengarangan utama yang digunakan adalah terdiri daripada perisian Macromedia Flash 8.0, Adobe photoshop 7.0, Swich Max dan Sound Forge 7.0. Pengujian perisian ini dijalankan di Sekolah Menengah Teknik Jasin, Melaka. Dapatan daripada kajian menunjukkan bahawa perisian PPBK ini telah berjaya dibangunkan mengikut objektif yang telah ditetapkan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:perisian kejururuteraan elektrik dan elektronik, teras semikonduktor tingkatan 4
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10922
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:10 Nov 2010 05:55
Last Modified:10 Nov 2010 05:55

Repository Staff Only: item control page