Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Knowledge management dalam organisasi pengurusan fasiliti

Hassan, Jasdy and Mohamed, Abdul Hakim (2005) Knowledge management dalam organisasi pengurusan fasiliti. Proceedings Of The 4Th Micra Conference .

[img]
Preview
PDF
253Kb

Abstract

Setiap organisasi memerlukan pelbagai jenis pengurusan untuk menyokong aktiviti organisasi mereka. Salah satu pengurusan yang diperlukan adalah pengurusan fasiliti. Setiap pengurus fasiliti perlu melihat perbagai jenis ilmu pengetahuan untuk melaksanakan pengurusan yang lebih berkesan dan berjaya. Permasalahan yang dapat dilihat di sini adalah apabila seorang pengurus atau pekerja berhenti dari sesuatu syarikat, ilmu pengetahuan mereka akan dibawa keluar bersama. Objektif kertas kerja ini adalah untuk menerangkan kajian yang sedang dijalankan. Kertas kerja ini membentangkan permasalahan kajian, objektif yang ingin dicapai dan strategi perlaksanaan kajian disamping kaedah yang digunakan. Kajian ini dijalankan dalam empat peringkat iaitu peringkat teoritikal, peringkat pengumpulan data, peringkat penganalisaan data dan peringkat rumusan. Dalam pengumpulan data, kaedah yang digunakan adalah dengan kajian awal, kaedah statistik kekerapan dan kaedah stratistik diskriptif. Di akhir penyelidikan ini, kita akan dapat melihat apakah faktor-faktor kejayaan bagi knowledge management dan kaedah-kaedah yang digunakan untuk tujuan sistem tersebut. Kajian ini penting kerana memandangkan bidang pengurusan fasiliti adalah satu bidang yang masih baru dan belum lagi berkembang dengan begitu menggalakkan di Malaysia. Keywords : knowledge management, pengurusan fasiliti.

Item Type:Article
Additional Information:ISBN 983-100-253-9
Uncontrolled Keywords:knowledge management, facility management
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Geoinformation Science And Engineering (Formerly known)
ID Code:1092
Deposited By: Dr Suriatini Ismail
Deposited On:26 Feb 2007 05:40
Last Modified:16 Jan 2012 05:46

Repository Staff Only: item control page