Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Pelajar Spi Terhadap Matapelajaran Manhaj Altafsir

Abdullah, Abdul Hafiz and Abd Rashid, Muhamad Balya (2010) Persepsi Pelajar Spi Terhadap Matapelajaran Manhaj Altafsir. Persepsi Pelajar Spi Terhadap Matapelajaran Manhaj Altafsir . pp. 1-12. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
341kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar SPI terhadap matapelajaran Manhaj al-Tafsir. Aspek yang dikaji ialah penguasaan pelajar SPI terhadap matapelajaran, proses pengajaran dan pembelajaran, dan kepentingan matapelajaran tersebut. Seramai 115 pelajar SPI telah dijadikan sampel dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang dibina sendiri oleh penyelidik. Darjah kebolehpercayaan (alpa cronbach) bagi instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah 0.864. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS 12.0). Analisis data dilakukan secara deskriptif (frekuensi dan peratus). Dapatan kajian menunjukkan pelajar SPI mempunyai persepsi yang positif dan minat yang tinggi terhadap matapelajaran Manhaj al-Tafsir. Secara keseluruhannya, persepsi terhadap kepentingan matapelajaran ini berada pada tahap tinggi dengan nilai skor 4.15. Penguasaan terhadap matapelajaran Manhaj al-Tafsir mencatatkan nilai skor min yang sederhana iaitu 3.61. Manakala purata min bagi proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Manhaj al-Tafsir ialah 3.80 iaitu berada pada tahap yang tinggi.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords: matapelajaran Manhaj al-Tafsir, persepsi pelajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10918
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:10 Nov 2010 05:20
Last Modified:16 Aug 2017 06:59

Repository Staff Only: item control page