Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengurusan Bengkel Manipulatif: Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Pengurusan Bengkel Kemahiran Manipulatif Di Salah Sebuah Smk Luar Bandar

Tahir, Lokman and Arbain, Azimah (2010) Pengurusan Bengkel Manipulatif: Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Pengurusan Bengkel Kemahiran Manipulatif Di Salah Sebuah Smk Luar Bandar. Pengurusan Bengkel Manipulatif: Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Pengurusan Bengkel Kemahiran Manipulatif Di Salah Sebuah Smk Luar Bandar . pp. 1-12. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
227Kb

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau persepsi pelajar tingkatan tiga dan empat terhadap kaedah pengurusan bengkel manipulatif. Kajian ini telah melibatkan 205 orang pelajar dari sebuah sekolah luar bandar di daerah Kluang. Sekolah yang dipilih ialah Sekolah Menengah LKTP Belitong, Kluang, Johor. Instrumen yang digunakan ialah kajian deskriptif berbentuk borang soal-selidik. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science, Version 15.0). Data dianalisis dalam bentuk kekerapan dan peratusan yang kemudian dikelaskan kepada empat aspek pengurusan bengkel. Dapatan kajian mendapati bahawa ciri-ciri keselamatan, kaedah susun atur, kaedah pengendalian peralatan dan pengurusan peti pertolongan cemas di bengkel kemahiran hidup adalah pada tahap tinggi. Kajian mengenai kaedah pengurusan bengkel manipulatif mendapati guru-guru kemahiran hidup perihatin terhadap ciri-ciri keselamatan di bengkel, susun atur peralatan tangan dan mesin teratur, memberikan tunjuk ajar cara pengendalian peralatan tangan dan mesin kepada pelajar serta peti pertolongan cemas ada terdapat di bengkel. Beberapa cadangan kajian lanjutan bagi pengkaji yang ingin meneruskan kajian ini di masa akan datang turut dicadangkan. Katakunci: pengurusan bengkel manipulative, persepsi pelajar

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pengurusan bengkel manipulative, persepsi pelajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10916
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:10 Nov 2010 02:31
Last Modified:10 Nov 2010 02:31

Repository Staff Only: item control page