Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) Bagi Perisian Macromedia Authorware 7 (Asas Penyediaan Kemudahan Interaktiviti Di Dalam Persembahan)

Yahaya, Noraffandy and Arsad, Azilah (2010) Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) Bagi Perisian Macromedia Authorware 7 (Asas Penyediaan Kemudahan Interaktiviti Di Dalam Persembahan). Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) Bagi Perisian Macromedia Authorware 7 (Asas Penyediaan Kemudahan Interaktiviti Di Dalam Persembahan) . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
195Kb

Abstract

Penggunaan teknologi multimedia dalam bidang pendidikan pada masa kini telah menjadi suatu keperluan dalam usaha membangun dan memperkembangkan bidang pendidikan. Pembelajaran kendiri melalui modul telah lama digunakan dalam pendidikan. Modul elektronik merupakan sebuah perisian yang dibangunkan menggunakan teknologi komputer dengan bantuan perisian-perisian lain yang mengandungi elemen-elemen multimedia seperti audio, video, teks, grafik, animasi dan interaktiviti. Sejajar dengan itu, pengkaji membangunkan sebuah modul pembelajaran kendiri bagi subjek Macromedia Authorware 7 bagi tajuk ‘Asas Penyediaan Kemudahan Interaktiviti di Dalam Persembahan’ berdasarkan pendekatan pembelajaran aktif. Modul ini menggunakan fail video yang menggunakan elemen ”screen capture” sebagai media penyampaian maklumat utama dan juga menggunakan elemen-elemen multimedia yang lain seperti teks dan grafik. Modul ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Adobe Captivate 3 sebagai perisian utama dan disokong oleh perisian-perisian yang lain seperti Macromedia Authorware 7, Adobe Photoshop CS2 dan Macromedia Dreamweaver 8. Modul ini berteraskan Model ADDIE (Rosset, 1987) sebagai model rekabentuk pengajaran dan panduan sepanjang proses pembangunan modul ini. Kumpulan sasaran projek ini adalah pelajar yang akan dan sedang belajar Macromedia Authorware 7 dan guru amnya. Modul ini dipakejkan dalam bentuk cakera padat (CD) bagi memudahkan pengguna untuk menggunakannya. Penghasilan modul pembelajaran kendiri ini diharapkan dapat menggalakkan pengguna menjalankan pembelajaran kendiri di samping mempertingkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini. Katakunci: asas penyediaan kemudahan interaktiviti di dalam persembahan, modul pembelajaran kendiri (MPK), perisian macromedia authorware 7

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:asas penyediaan kemudahan interaktiviti di dalam persembahan, modul pembelajaran kendiri (MPK), perisian macromedia authorware 7
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10915
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:10 Nov 2010 02:11
Last Modified:10 Nov 2010 02:11

Repository Staff Only: item control page