Sulaiman, Hanim and Kho, Chyntia Mei Ying (2010) Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penyertaan Tuisyen Berbayar Di Taman Universiti, Skudai, Johor. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penyertaan Tuisyen Berbayar Di Taman Universiti, Skudai, Johor. . pp. 1-9. (Unpublished)
|
PDF
123kB |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap faktor-faktor dalam penglibatan pelajar-pelajar Tingkatan 5 di pusat tuisyen berbayar di luar waktu persekolahan. Kaedah penyelidikan deskriptif yang berbentuk tinjauan telah digunakan dalam kajian ini. Seramai 80 responden telah terlibat dalam kajian ini. Maklumat yang dikumpul diperolehi daripada pengedaran soal selidik kepada pelajar. Data dianalisis menggunakan perisian “ Statistical Packages For Social Science” (SPSS) versi 14 bagi mendapatkan frekuensi, peratusan dan min. Dari hasil analisis data kajian, didapati faktor utama pelajar mengikuti kelas tuisyen berbayar adalah pengaruh rakan sebaya, diikuti dengan faktor ibu bapa dan juga keberkesanan pengajaran guru di sekolah. Sehubungan dengan itu, adalah dicadangkan ibubapa atau penjaga pelajar perlulah memberi perhatian kepada pergaulan anak mereka, di samping itu, mereka juga perlulah menjalin hubungan yang baik dengan pihak sekolah supaya dapat mengikuti perkembangan anak di sekolah, dan golongan guru perlulah berusaha menggunakan strategi pengajaran yang sesuai dengan subjek yang diajar.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | penglibatan pelajar, pusat tuisyen |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10914 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 10 Nov 2010 01:54 |
Last Modified: | 16 Aug 2017 07:04 |
Repository Staff Only: item control page