Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Strategi Promosi Peniaga Gerai Jualan Di Pesta Konvokesyen

Hashim , Shahrin and Abu, Mohammad Shaiful Nizam (2010) Strategi Promosi Peniaga Gerai Jualan Di Pesta Konvokesyen. Strategi Promosi Peniaga Gerai Jualan Di Pesta Konvokesyen . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
53kB

Abstract

Campuran promosi mempunyai pengaruh yang besar dalam mempengaruhi pelanggan terutama di dalam membuat keputusan pembelian sesuatu produk atau perkhidmatan. Faktor campuran promosi termasuklah pengiklanan, publisiti, jualan langsung dan promosi jualan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti elemen paling dominan dalam campuran promosi yang digunakan oleh peniaga untuk meningkatkan jualan di pesta konvokesyen di UTM, Skudai. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan data bagi dianalisis. Hasil analisis telah dilakukan untuk mendapatkan peratusan dan nilai min dengan menggunakan pakej SPSS 16.0 ( Statical Package For Sosial Sciences ). Dapatan menunjukkan jualan langsung merupakan elemen paling dominan dalam strategi campuran promosi diikuti dengan publisiti, pengiklanan dan promosi jualan. Seterusnya, cadangan dibuat agar peniaga gerai meningkatkan usaha-usaha promosi dengan memperkukuhkan aktiviti sedia ada dan menilai aktiviti promosi untuk mencapai keberkesanan campuran promosi yang dilaksanakan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:strategi promosi peniaga, pesta konvokesyen
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10913
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:09 Nov 2010 08:21
Last Modified:09 Nov 2010 08:21

Repository Staff Only: item control page