Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Guru Pelatih Terhadap Penyeliaan Latihan Mengajar Oleh Guru Pembimbing Dan Penyelia UTM Semasa Menjalani Latihan Mengajar

Mohd Nor , Norani and Ayob, Mohd Azhar (2010) Persepsi Guru Pelatih Terhadap Penyeliaan Latihan Mengajar Oleh Guru Pembimbing Dan Penyelia UTM Semasa Menjalani Latihan Mengajar. Persepsi Guru Pelatih Terhadap Penyeliaan Latihan Mengajar Oleh Guru Pembimbing Dan Penyelia UTM Semasa Menjalani Latihan Mengajar . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
62Kb

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar tahun empat yang sedang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam/Elektrik/Mekanikal) terhadap penyeliaan latihan mengajar oleh guru pembimbing dan penyelia Universiti Teknologi Malaysia semasa menjalani latihan mengajar di sekolah. Kajian ini mengenai penyeliaan sebelum sesi pengajaran (Prapemerhatian), selepas sesi pengajaran (Pasca-pemerhatian), aspek membuat penilaian pengajaran dan dalam aspek kawalan serta pengurusan kelas. Seramai 74 orang pelajar dipilih sebagai responden. Instrumen kajian yang digunakan untuk mendapatkan maklumat ialah soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science, Version 12) berdasarkan kepada skor kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan guru pelatih menyatakan bahawa guru pembimbing dan penyelia UTM menjalankan sesi penyeliaan dengan sebaiknya terhadap mereka melalui kaedah bimbingan dan perbincangan sebelum sesi pengajaran (Pra-pemerhatian), selepas sesi pengajaran (Pasca-pemerhatian), aspek membuat penilaian pengajaran dan dalam aspek kawalan serta pengurusan kelas. Namun begitu, terdapat segelintir guru pelatih yang kurang dibimbing serta diselia dalam aspek pembinaan soalan secara sistematik mengikut aras kesukaran. Walaubagaimanapun, beberapa cadangan telah dikemukakan untuk menambahbaik dan mengatasi masalah yang wujud dalam menjalani latihan mengajar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:persepsi guru pelatih, penyeliaan latihan mengajar, guru pembimbing, penyelia UTM, latihan mengajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10912
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:09 Nov 2010 08:19
Last Modified:09 Nov 2010 08:19

Repository Staff Only: item control page