Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Sistem Pengujian Soalan Berasaskan Aras Kognitif Bloom Bagi Topik Nisbah Tingkatan Dua KBSM

Tasir, Zaidatun and Abdul Manan, Mohd Adzha (2010) Pembangunan Sistem Pengujian Soalan Berasaskan Aras Kognitif Bloom Bagi Topik Nisbah Tingkatan Dua KBSM. Pembangunan Sistem Pengujian Soalan Berasaskan Aras Kognitif Bloom Bagi Topik Nisbah Tingkatan Dua KBSM . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
131kB

Abstract

Sistem Pengujian Soalan merupakan suatu implementasi kepada penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bagi meningkatkan tahap proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam proses pembinaan soalan. Pembinaan soalan berasaskan aras kognitif Bloom yang dilakukan secara manual menyukarkan para guru dalam membina soalan serta memerlukan masa yang panjang. Justeru itu, projek ini merupakan satu dimensi baru kepada guru mahupun bakal-bakal guru dalam membina soalan mata pelajaran Matematik bagi Tingkatan Dua KBSM dengan berasaskan aras kognitif Bloom. Proses pembangunan sistem ini adalah berdasarkan Model Waterfall oleh Royce (1970). Dengan menggunakan perisian Dreamweaver MX 2004 sebagai platform utama, projek ini dibangunkan dengan berkonsepkan mesra pengguna. Selain daripada itu terdapat perisian lain turut digunakan dalam membangunkan projek ini antaranya Macromedia Flash, Swish MX, Adobe Photoshop CS2 dan Microsoft Access XP sebagai pangkalan data pengguna. Diharapkan dengan pembangunan sistem ini dapat membantu meningkatkan pemahaman pelajar bagi topik nisbah dan membantu para guru dalam membina soalan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:system pengujian soalan, aras kognitif Bloom, Nisbah
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10911
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:09 Nov 2010 08:15
Last Modified:09 Nov 2010 08:15

Repository Staff Only: item control page