Zakaria, Rozana and Mohamed, Abdul Hakim (2005) Pengukuran prestasi bagi pengurusan fasiliti organisasi kerajaan. PROCEEDINGS OF THE 4TH MICRA CONFERENCE . ISSN ISBN 983-100-253-9 (Unpublished)
|
PDF
188kB |
Abstract
Pengurusan fasiliti (FM) adalah proses yang melibatkan pencapaian objektif dan matlamat organisasi dengan memenuhi keperluan pelanggan, berusaha untuk meneruskan peningkatan di dalam kualiti, mengurangkan risiko dan memastikan keuntungan. Kewujudan pengurusan fasiliti adalah untuk menyokong aktiviti organisasi yang mana ianya merupakan teras untuk mencapai matlamat organisasi. Keberkesanan sesuatu sistem pengurusan fasiliti boleh dinilai berdasarkan kepada pengukuran prestasi yang mana ianya adalah proses yang sistematik untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan sesuatu sistem pengurusan. Ianya adalah topik yang selalu dibincangkan dan penerimaan terhadap pengukuran prestasi juga telah meningkat. Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah salah sebuah organisasi yang mempunyai fasiliti yang pelbagai. Namun begitu, di akhir-akhir ini, terdapat kenyataan yang mengatakan bahawa sistem pengurusan di PDRM menghadapi beberapa masalah. Walaubagaimanapun, terdapat usaha yang dibuat untuk memperbaiki tahap pengurusan PDRM dengan penubuhan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ianya adalah bertujuan untuk mengenalpasti dan mengatasi kelemahan yang timbul termasuklah dari sudut pengurusan logistik (fasiliti). Kajian akan dibuat untuk mengukur prestasi pengurusan fasiliti bagi PDRM. Objektif kajian adalah untuk melaksanakan strategi yang telah dirancang oleh bahagian pengurusan fasiliti supaya prestasi mereka meningkat dari semasa ke semasa. Bagi tujuan itu, pendekatan yang akan digunakan adalah balanced scorecard. Balanced scorecard adalah alat pengurusan (management tools) yang dapat menghubungkan antara visi dan strategi organisasi dengan peringkat organisasi serta dapat mengukur prestasi dari pelbagai aspek termasuklah dari sudut kewangan, pelanggan, pekerja dan proses dalaman. Kajian ini akan menghasilkan satu scorecard (kad skor) yang menyatakan apakah faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi bahagian pengurusan fasiliti PDRM dan seterusnya, ianya dapat digunakan oleh pihak PDRM bagi mengatasi kelemahan sistem pengurusan mereka.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | balanced scorecard, pengukuran prestasi, pengurusan fasiliti |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
Divisions: | Geoinformation Science And Engineering |
ID Code: | 1091 |
Deposited By: | Dr Suriatini Ismail |
Deposited On: | 26 Feb 2007 05:28 |
Last Modified: | 16 Jan 2012 05:38 |
Repository Staff Only: item control page