Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi pelajar Universiti Teknologi Malaysia terhadap program kitar semula menurut perspektif Islam

Kadikon, Sulaiman and Othman, Abidah Raudzah (2010) Persepsi pelajar Universiti Teknologi Malaysia terhadap program kitar semula menurut perspektif Islam. Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Program Kitar Semula Menurut Perspektif Islam . pp. 1-12. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
399kB

Abstract

Kajian berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk melihat persepsi pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) terhadap program kitar semula menurut perspektif Islam. Fokus kajian ini adalah untuk melihat persepsi pelajar terhadap program kitar semula, tanggungjawab melaksanakan kitar semula dan kitar semula menurut perspektif Islam. Sampel kajian ini melibatkan 123 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) di Universiti Teknologi Malaysia. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini berbentuk soal selidik yang mengandungi empat item berkaitan latar belakang responden dan 36 item soalan berkaitan persoalan kajian. Data yang diperolehi menerusi kajian ini dianalisis menggunakan Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) versi 14.0 bagi mendapatkan kekerapan, peratus dan min bagi setiap data. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah ? = 0.954. Hasil kajian mendapati kebanyakan responden memberikan persepsi yang positif terhadap program kitar semula. Ini menunjukkan responden sedar tentang kepentingan kitar semula untuk kebaikan masyarakat seluruhnya. Sebagai maklum balas kepada kajian yang dijalankan, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak tertentu untuk diambil perhatian.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:recycle, Islamic perspective
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10908
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:08 Nov 2010 15:51
Last Modified:25 Aug 2017 06:09

Repository Staff Only: item control page