Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Laman Web E-Rangkaian Menggunakan Pendekatan Penyelesaian Masalah Bagi Topik Rangkaian Komputer

Idris, Abdul Razak and Abu Bakar, Ahmad Zuhardi (2010) Pembangunan Laman Web E-Rangkaian Menggunakan Pendekatan Penyelesaian Masalah Bagi Topik Rangkaian Komputer. Pembangunan Laman Web E-Rangkaian Menggunakan Pendekatan Penyelesaian Masalah Bagi Topik Rangkaian Komputer . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
121Kb

Abstract

Projek ini bertujuan untuk membangunkan sebuah laman web multimedia interaktif bagi tajuk “E-Rangkaian” yang direka bentuk berasaskan pendekatan pembelajaran Penyelesaian masalah. Proses reka bentuk dan pembangunan laman web secara keseluruhannya menggunakan model reka bentuk pembangunan ADDIE sebagai garis panduan. Dalam membangunkan halaman web ini, faktor utama yang ditekankan adalah elemen interaktiviti yang digabungjalinkan dengan ciri-ciri pembelajaran yang berkesan seperti pembelajaran berpusat pelajar, kepelbagaian aktiviti, pembelajaran penerokaan dan penilaian berterusan. Projek ini menjadikan grafik, animasi serta susun atur paparan sebagai kekuatan yang dapat dimanipulasikan bagi menarik minat pelajar terhadap topik yang disediakan. Projek ini dibina dengan menggunakan perisian, pengaturcaraan Macromedia Dreamweaver MX 2004 dengan menggabungkan elemen-elemen multimedia seperti hiperteks, animasi, grafik, imej, bunyi, video dan sebagainya . Persepaduan elemen-elemen tersebut membolehkan pelajar meneroka, menggubah dan melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran. Katakunci: E-Rangkaian, laman web

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:E-Rangkaian, laman web
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10907
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:08 Nov 2010 15:48
Last Modified:08 Nov 2010 15:48

Repository Staff Only: item control page