Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Pengetahuan Dan Penggunaan Komputer Dalam Kalangan Guru-Guru Di Tiga Buah Sekolah Menengah Teknik Di Kuala Lumpur

Abu , Baharin and Lim, Lih Hoon (2010) Tahap Pengetahuan Dan Penggunaan Komputer Dalam Kalangan Guru-Guru Di Tiga Buah Sekolah Menengah Teknik Di Kuala Lumpur. Tahap Pengetahuan Dan Penggunaan Komputer Dalam Kalangan Guru-Guru Di Tiga Buah Sekolah Menengah Teknik Di Kuala Lumpur . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
117Kb

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan penggunaan komputer dalam kalangan guru-guru di tiga buah sekolah menengah teknik di Kuala Lumpur.Aspek yang dikaji ialah tahap pengetahuan perkakasan komputer, pengetahuan penggunaan perisian komputer, sikap guru terhadap penggunaan komputer dan masalah yang dihadapi oleh guru-guru dalam penggunaan komputer. Respoden kajian terdiri daripada 160 orang guru di tiga buah Sekolah Menengah Teknik di Kuala Lumpur. Data diperolehi menggunakan instrumen soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian SPSS ( Statistical Packages for the Social Sciences). Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach alat kajian adalah ? =.942. Penganalisisan data dibuat secara deskriptif menggunakan kekerapan, peratus dan min. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan guru-guru sekolah menengah teknik terhadap perkakasan komputer berada di tahap tinggi manakala tahap pengetahuan guru-guru menggunakan perisian komputer berada di tahap yang sederhana. Hasil dapatan kajian juga menunjukkan guru-guru mempunyai keyakinan yang tinggi dalam penggunaan komputer. Manakala masalah utama dalam penggunnaan komputer ialah tiada galakan dari pihak pentadbir sekolah dan peruntukan untuk membeli perisian.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:tahap pengetahuan dan penggunaan computer, guru di sekolah teknik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10901
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:08 Nov 2010 02:50
Last Modified:08 Nov 2010 02:50

Repository Staff Only: item control page