Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Kognitif Pelajar Fizik Di Sekolah Berasrama Di Daerah Kuala Terengganu Dalam Menyelesaikan Masalah Fizik Berdasarkan Kepada Taksonomi Bloom

Sulaiman , Seth and Tarmizi, Jamil (2010) Tahap Kognitif Pelajar Fizik Di Sekolah Berasrama Di Daerah Kuala Terengganu Dalam Menyelesaikan Masalah Fizik Berdasarkan Kepada Taksonomi Bloom. Tahap Kognitif Pelajar Fizik Di Sekolah Berasrama Di Daerah Kuala Terengganu Dalam Menyelesaikan Masalah Fizik Berdasarkan Kepada Taksonomi Bloom . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
115kB

Abstract

Penilaian tahap kognitif pelajar berdasarkan Taksonomi Bloom dalam menyelesakan masalah fizik menarik minat penyelidik. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap kognitif pelajar fizik dalam menyelesaikan masalah fizik berdasarkan kepada Taksonomi Bloom di tiga buah sekolah berasrama di dalam daerah Kuala Terengganu. Sekolah tersebut adalah Sekolah Menengah Agama (SMA), Sekolah Menengah Sains (SMS) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT). Seramai 88 orang pelajar lelaki dan perempuan terlibat dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan dalam kajian untuk menilai tahap kognitif pelajar dalam menyelesaikan masalah fizik adalah Ujian Tahap Kognitif merangkumi bab Daya dan Gerakan dan Haba. Analisis bagi data menggunakan Statistical Package for Science Social For Windows Release 11.5 (SPSS). Hasil daripada kajian menunjukkan tahap kognitif bagi SMA dan SMS pada tahap sederhana manakala pada SMT pada tahap lemah. Wujud perbezaan yang signifikan skor min bagi jantina lelaki dan perempuan yang mana lebih kepada memihak pelajar perempuan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:tahap kognitif pelajar, sekolah berasrama, Taksonomi Bloom
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10900
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:08 Nov 2010 02:48
Last Modified:08 Nov 2010 02:48

Repository Staff Only: item control page