Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Kesediaan Kemahiran Generik Pelajar PKPG Tahun Akhir Yang Mengambil Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Fakulti Pendidikan UTM, Skudai

Abu , Baharin and Oligung, Magrit (2010) Tahap Kesediaan Kemahiran Generik Pelajar PKPG Tahun Akhir Yang Mengambil Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Fakulti Pendidikan UTM, Skudai. Tahap Kesediaan Kemahiran Generik Pelajar PKPG Tahun Akhir Yang Mengambil Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Fakulti Pendidikan UTM, Skudai . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
135Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesediaan kemahiran generik pelajar-pelajar PKPG, tindakan yang diambil untuk meningkatkan kemahiran generik dan halangan-halangan yang dihadapi oleh pelajar untuk mempertingkatkan kesediaan generik. Responden kajian ini terdiri daripada 92 orang pelajar PKPG yang dipilih secara rawak mudah. Instrumen kajian yang digunakan untuk mendapatkan data ialah soal selidik yang mengandungi 55 item. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi soal selidik yang digunakan adalah ? = .98. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan min dengan menggunakan perisian SPSS 11.5. Hasil kajian menunjukkan pelajar PKPG berada pada tahap kesediaan kemahiran generik yang tinggi. Hasil kajian juga mendapati pelajar PKPG bersetuju untuk memperbanyakkan bahan bacaan berkaitan kemahiran generik sebagai cara yang paling efektif untuk meningkatkan kemahiran ini. Hasil kajian menunjukkan kurangnya pengetahuan dan kefahaman tentang konsep kemahiran generik menjadi halangan utama kepada pelajar PKPG untuk mempertingkatkan kesediaan kemahiran generik.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:tahap kesediaan kemahiran generic pelajar PKPG, kemahiran hidup
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10899
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:08 Nov 2010 02:45
Last Modified:08 Nov 2010 02:45

Repository Staff Only: item control page