Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan MOODLE Bertajuk “Quadratic Expressions And Equations” Dan “Statistics” Tingkatan 4

Ismail, Zaleha and Mama, Kaizan (2010) Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan MOODLE Bertajuk “Quadratic Expressions And Equations” Dan “Statistics” Tingkatan 4. Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan MOODLE Bertajuk “Quadratic Expressions And Equations” Dan “Statistics” Tingkatan 4 . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
743kB

Abstract

E-Pembelajaran bukan sesuatu yang baru malahan mengalami perkembangan pesat sekali di dunia pendidikan. Pembelajaran berasaskan web telah dilihat sebagai satu alternatif yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana kaedah ini mampu mewujudkan pembelajaran berpusatkan pelajar yang terarah kendiri, kadar kendiri dan akses kendiri. Untuk mencari pendekatan efektif dalam melaksanakan e-pembelajaran, projek ini telah memilih satu sistem pengurusan kursus yang dinamakan MOODLE. Sistem ini dianggap sesuai memandangkan reka bentuknya menyokong prinsip konstruktivisme sosial. Pembangunan Web Portal ini adalah berasaskan model ADDIE. Bahan e-pembelajaran yang bertajuk “Quadratic Expression And Equation” dan “Statistics”.ini menyediakan pelbagai jenis sumber dan aktiviti pembelajaran berdasarkan KBSM. Bentuk aktiviti yang dimaksudkan dalam istilah MOODLE ialah Lesson, Quiz, Choices, Forum, Chat, Journal dan Assignment. Aktiviti tertentu membenarkan pelajar berinteraksi dengan guru serta mendapat maklumbalas secara spontan. Persekitaran pembelajaran turut dimantapkan dengan audio, grafik dan animasi.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:E-Pembeljaran MOODLE, Quadratic Expression and Equations, Statistics
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10898
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:08 Nov 2010 02:43
Last Modified:08 Nov 2010 02:43

Repository Staff Only: item control page