Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian Mengenai Tahap Prestasi Kecergasan Fizikal Berasaskan Kemahiran Motor Bagi Atlet Skuasy SUKMA Johor 2008

Ismail, Muhamad Hafiz and Mohd Hashim, Asha Hasnimy and Azlan Mukhtar, Mohd Khairil (2010) Kajian Mengenai Tahap Prestasi Kecergasan Fizikal Berasaskan Kemahiran Motor Bagi Atlet Skuasy SUKMA Johor 2008. Kajian Mengenai Tahap Prestasi Kecergasan Fizikal Berasaskan Kemahiran Motor Bagi Atlet Skuasy SUKMA Johor 2008 . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
42Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap prestasi Kecergasan Fizikal Berasaskan Kemahiran Motor bagi atlet skuasy Sukma Johor 2008. Seramai 6 orang pemain skuasy Sukma Johor dipilih untuk menjadi sampel dalam penyelidikan ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan enam komponen Kecergasan Fizikal Berasaskan Kemahiran Motor iaitu ketangkasan, kepantasan, keseimbangan, masa reaksi, kuasa dan koordinasi. Antara ujian-ujian yang digunakan adalah Ujian Balingan Bola Tenis Sebelah Tangan bagi komponen koordinasi, Ujian Lari Pecut 40 Meter bagi komponen kepantasan, Ujian Dirian Bangau bagi komponen keseimbangan, Ujian Lari Ulang Alik (T-Test) bagi komponen ketangkasan, Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson bagi komponen masa reaksi dan Ujian Lompat Dirian Menegak bagi komponen kuasa. Ujian ini dijalankan secara ‘Pre’ dan ‘Post’ iaitu perbezaan antara ujian pertama dengan ujian kedua. Semua data yang diperolehi daripada ujian yang dilakukan oleh sampel akan direkodkan di dalam borang skor dan ditetapkan pencapaian berdasarkan norma yang telah ditetapkan. Program SPSS 13 (Statistical Packages for Social Science) dan Microsoft Office Excel 2003 digunakan untuk menganalisis prestasi Kecergasan Fizikal Berasaskan Kemahiran Motor atlet skuasy Sukma Johor 2008. Dapatan kajian menunjukkan di mana hanya tiga ujian yang memperolehi perbezaan yang signifikan. Antara ujiannya adalah Ujian Balingan Bola Tenis Sebelah Tangan p = 0.039, Ujian Dirian Bangau p = 0.022 dan Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson p = 0.029 di mana ia lebih kecil dari aras signifikan yang ditetapkan iaitu p < 0.05. Oleh itu, hipotesis nol 1, 3 dan 5 ditolak. Manakala bagi tiga ujian lain iaitu Ujian Lari Pecut 40 Meter p = 0.363, Ujian Lari Ulang Alik (T-Test) p = 0.167 dan Ujian Lompat Dirian Menegak p = 0.069 adalah lebih besar dari aras signifikan yang ditetapkan p < 0.05. Ini membuktikan bahawa tiga ujian ini telah menunjukkan yang ianya tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara ujian pre dan ujian post. Oleh yang demikian, hipotesis nol 2, 4 dan 6 adalah diterima.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:tahap prestasi kecergasan fizikal, kemahiran motor, atlet skuasy SUKMA Johor
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10897
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:08 Nov 2010 02:41
Last Modified:08 Nov 2010 02:41

Repository Staff Only: item control page