Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Masalah Yang Dihadapi Dikalangan Pelajar Tingkatan 4 Dalam Proses Pembelajaran Elektrolisis Leburan Berdasarkan Matapelajaran Kimia KBSM

Bakar , Mohd Nor and Mukhtar, Mohd Izham (2010) Masalah Yang Dihadapi Dikalangan Pelajar Tingkatan 4 Dalam Proses Pembelajaran Elektrolisis Leburan Berdasarkan Matapelajaran Kimia KBSM. Masalah Yang Dihadapi Dikalangan Pelajar Tingkatan 4 Dalam Proses Pembelajaran Elektrolisis Leburan Berdasarkan Matapelajaran Kimia KBSM . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
55kB

Abstract

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti ‘Masalah Yang Dihadapi Pelajar Tingkatan 4 Dalam Pembelajaran Elektrolisis Leburan Berdasarkan Sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Kajian dijalankan berdasarkan 5 objektif kajian iaitu mengenal pasti permasalahan pelajar dalam menulis persamaan elektrokimia sebatian leburan,mengenalpasti masalah penerbitan formula kimia dalam sebatian leburan, melihat samada pelajar memahami atau tidak memahami konsep elektrokimia sebatian leburan dan mengenalpasti masalah paling dominan yang dihadapi pelajar dalam elektrokimia sebatian leburan. Kaedah kajian yang digunakan adalah melalui kaedah kaji selidik dan temubual. Temubual dijalankan adalah untuk menyokong dapatan dapatan analisis kajian dari kaedah pertama. Seramai 120 pelajar tingkatan 4 dari 3 buah sekolah menegah sekitar daerah Kluang telah dipilih secara rawak. Soalan soal selidik telah dirangka berdasarkan Aras Kognitif Taksonomi Bloom dan berdasarkan Sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Rendah (KBSM) melalui darjah kesukaran yang berbeza. Hasil kajian menunjukkan pelajar menghadapi masalah- masalah yang biasanya wujud dalam elektrolisis sebatian leburan seperti masalah pelajar dalam pengetahuan asas pelajaran Kimia, masalah menulis persamaan kimia elektrolisis leburan, masalah menerbitkan formula kimia dalam sebatian leburan, pelajar tidak memahami dengan jelas konsep proses elektrolisis dan kekeliruan dalam menulis simbol-simbol kimia.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:masalah pelajar tingkatan 4, pembelajaran elektrolisis leburan, kimia
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10894
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:07 Nov 2010 13:02
Last Modified:07 Nov 2010 13:02

Repository Staff Only: item control page