Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Amalan Kemahiran Generik Oleh Guru Pelatih Aliran Teknik Dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, UTM Semasa Menjalani Latihan Mengajar

Sihes , Ahmad Johari and Yusop, Jawi (2010) Amalan Kemahiran Generik Oleh Guru Pelatih Aliran Teknik Dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, UTM Semasa Menjalani Latihan Mengajar. Amalan Kemahiran Generik Oleh Guru Pelatih Aliran Teknik Dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, UTM Semasa Menjalani Latihan Mengajar . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
63kB

Abstract

Kajian ini merupakan satu tinjauan terhadap tahap amalan kemahiran generic oleh pelajar aliran teknik dan vokasional, Fakulti Pendidikan, UTM semasa menjalani latihan mengajar. Seramai 182 orang responden terlibat dalam kajian ini, iaitu 121 orang responden perempuan dan 61 orang responden lelaki yang terdiri daripada semua pelajar aliran teknik dan vokasional, Fakulti Pendidikan, UTM yang menjalani latihan mengajar pada semester satu 2007/2008. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Tahap kebolehpercayaan (Alfa Cronbach) yang diperoleh untuk soal selidik ini ialah 0.925. Data mentah dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for The Social Science) Version 13.0 for Windows untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan kemahiran generik oleh pelajar aliran teknik dan vokasional, Fakulti Pendidikan, UTM semasa menjalani latihan mengajar adalah berada pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan hasrat UTM untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi memiliki kemahiran generik dapat dicapai dengan jayanya.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:amalan kemahiran generic, guru pelatih aliran teknik dan vokasional, latihan mengajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10893
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:07 Nov 2010 12:58
Last Modified:07 Nov 2010 12:58

Repository Staff Only: item control page