Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Pelajar 4 SPI Terhadap Aktiviti Dakwah Dalam Kalangan Pelajar

Mustari, Mohd. Ismail and Hussin, Siti Zaharah (2010) Persepsi Pelajar 4 SPI Terhadap Aktiviti Dakwah Dalam Kalangan Pelajar. Persepsi Pelajar 4 Spi Terhadap Aktiviti Dakwah Dalam Kalangan Pelajar . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
103kB

Abstract

Kajian yang berbentuk diskriptif ini bertujuan untuk mengetahui kegiatan dakwah dalam kalangan pelajar. Seramai 46 orang responden terdiri daripada pelajar 4 SPI telah terlibat dalam kajian ini. Sebanyak 60 soalan telah dibina dan instrument kajian yang digunakan ialah soal selidik. Terdapat dua bahagian dalam soal selidik iaitu bahagian A yang menerangkan latar belakang responden manakala bahagian B digunakan untuk menghasilkan dapatan kajian. Data-data yang diperolehi menerusi kajian ini dianalisis menggunakan Statistical Package of Social Science (SPSS) For Windows version 14.0 dengan memberi tumpuan kepada kekerapan, peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan ialah α = 0.932. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan responden memberikan persepsi yang positif terhadap aktiviti dakwah yang dijalankan serta memberi maklum balas yang baik terhadap kepentingan aktiviti dakwah. Sebagai maklum balas terhadap kajian yang dijalankan, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan untuk meningkatkan lagi keberkesanan dakwah terhadap pelajar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:dakwah, pelajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10891
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:06 Nov 2010 20:13
Last Modified:29 May 2017 01:52

Repository Staff Only: item control page