Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Laman Web Berasaskan Pendekatan Pemikiran Kritis Dan Penyelesaian Masalah Bagi Subjek Bahasa Pengaturcaraan I (C++)

Atan, Noor Azean and Mohd.Said, Siti Nur’ain (2010) Pembangunan Laman Web Berasaskan Pendekatan Pemikiran Kritis Dan Penyelesaian Masalah Bagi Subjek Bahasa Pengaturcaraan I (C++). Pembangunan Laman Web Berasaskan Pendekatan Pemikiran Kritis Dan Penyelesaian Masalah Bagi Subjek Bahasa Pengaturcaraan I (C++) . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
264kB

Abstract

Dalam menuju ke arah Malaysia sebagai sebuah negara maju seperti yang dinyatakan dalam Wawasan 2020, salah satu matlamat yang perlu dicapai adalah dengan membentuk sebuah negara yang diiktiraf sebagai peneraju ICT di dalam system pendidikan. Bagi menyahut seruan tersebut, para pendidik terutamanya, digalak untuk mengintegrasikan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sehingga kini, pelbagai perisian dan laman web pembelajaran telah dibangunkan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh demikian, penyelidik mengambil inisiatif untuk membangunkan laman web PBK bagi subtopik Struktur Kawalan Pengulangan dalam subjek Bahasa Pengaturcaraan C++. Ia dibangunkan berasaskan model rekabentuk Hannafin and Peck dan menggunakan kaedah tutorial serta mengaplikasikan dua strategi iaitu penyelesaian masalah dan pemikiran kritis. Hasil gabungan beberapa elemen multimedia dalam laman web PBK ini menjadikannya lebih menarik dan interaktif. Diharapkan hasil dari pembangunan laman web ini, proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Bahasa Pengaturcaraan C++ akan menjadi lebih efektif serta dapat membantu dari segi mempertingkatkan lagi mutu P&P sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:bahasa pengaturcaraan I (c++), laman web, pemikiran kritis, penyelesaian masalah
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10890
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:06 Nov 2010 20:10
Last Modified:16 Aug 2017 01:18

Repository Staff Only: item control page