Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pelaksanaan teknik 'mass appraisal' bagi tujuan penilaian kadaran di pihak berkuasa tempatan di Malaysia

Omar, Mustafa and Abdul Rahman, Rosdi and Daud, Dzurllkanian and Alias, Buang (2004) Pelaksanaan teknik 'mass appraisal' bagi tujuan penilaian kadaran di pihak berkuasa tempatan di Malaysia. PROCEEDINGS OF THE 3rd MICRA CONFERENCE . (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
261kB

Abstract

Berdasarkan kajian awalan yang dilakukan, kurangnya pendedahan dan pemahaman terhadap pengaplikasian kaedah mass appraisal adalah merupakan faktor utama yang menjadi halangan kepada pelaksanaan teknik itu bagi tujuan penilaian kadaran di pihak berkuasa tempatan (PBT) di Malaysia. PBT-PBT di Malaysia masih menjalankan proses penilaian kadaran secara manual dan ini menyebabkan pelbagai masalah timbul seperti memerlukan masa yang panjang dan melibatkan kos yang banyak. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk memberikan panduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di Malaysia dalam pelaksanaan teknik mass appraisal bagi tujuan penilaian kadaran. Kajian ini menumpukan kepada kajian terhadap proses pembangunan model mass appraisal yang menggunakan teknik Analisis Regresi Berganda (MRA). Proses pembentukan model mass appraisal telah dapat dapat dikenalpasti daripada kajian-kajian lepas yang berkaitan. Proses pembentukan model mass appraisal tersebut adalah melibatkan lima peringkat utama iaitu pengumpulan dan pengurusan data, spesifikasi model, kalibrasi model, pengujian model dan aplikasi model. Seterusnya, berdasarkan proses tersebut, satu model mass appraisal telah dapat dibangunkan untuk penentuan nilai tahunan. Model tersebut telah diuji dan terbukti berkeupayaan menghasilkan nilai sewa yang boleh diterima dan konsisten. Pelaksanaan mass appraisal dipercayai dapat membantu PBT-PBT menjalankan proses penilaian kadaran dengan cepat dan efisyen. Katakunci: Mass appraisal, MRA, penilaian kadaran, nilai tahunan

Item Type:Article
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Geoinformation Science And Engineering
ID Code:1089
Deposited By: Dr Suriatini Ismail
Deposited On:26 Feb 2007 05:30
Last Modified:22 Dec 2011 01:57

Repository Staff Only: item control page