Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan E-Pembelajaran Berasaskan Moodle Bagi Topik Ratio And Proportion

Ismail, Zaleha and Abdul Jalil, Suhanim (2010) Pembangunan E-Pembelajaran Berasaskan Moodle Bagi Topik Ratio And Proportion. Pembangunan E-Pembelajaran Berasaskan Moodle Bagi Topik Ratio And Proportion . pp. 1-13. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
583kB

Abstract

E-pembelajaran merupakan satu bentuk revolusi pendidikan yang berorientasikan sistem pembangunan web. Alternatif pembelajaran ini semakin popular dan digunakan sebagai salah satu medium pengajaran dan pembelajaran utama dewasa ini sama ada bagi tujuan pendidikan formal di sekolah mahupun bagi tujuan latihan sesebuah organisasi. Untuk mencari pendekatan efektif dalam melaksanakan e-pembelajaran, projek ini telah memilih satu sistem pengurusan kursus yang dinamakan MOODLE. Sistem ini dianggap sesuai memandangkan reka bentuknya menyokong prinsip sosial kontruktivisme. Di dalam proses membangunkan bahan e-pembelajaran, model ASSURE dipilih sebagai panduan untuk membangunkan web portal ini. Bahan e-pembelajaran yang bertajuk ‘Ratio and Proportion’ ini menyediakan pelbagai jenis sumber dan aktiviti pembelajaran berdasarkan Sukatan KBSM. Bentuk aktiviti yang dimaksudkan dalam istilah MOODLE ialah Lesson, Quiz, Choices, Forum, Chat, Journal dan Assignment. Aktiviti chat, kuiz dan forum membenarkan pelajar berinteraksi dengan guru serta mendapat maklum balas secara spontan. Persekitaran pembelajaran juga turut dimantapkan dengan grafik dan animasi. Setelah selesai membangunkan web portal ini, pengujian telah dilaksanakan di sebuah sekolah di Pasir Gudang yang melibatkan 32 orang pelajar. Hasil analisis soal selidik, didapati pandangan pelajar terhadap web portal ini dari aspek isi kandungan, penilaian dan maklum balas, pembelajaran kendiri, komuniti pembelajaran, pengantaramuka, pedagogi dan navigasi adalah pada tahap yang baik. Perkara ini perlu diberi perhatian oleh semua guru dan kerjasama oleh semua pihak untuk menggalakkan lagi penggunaan komputer sebagai bahan bantu mengajar di sekolah.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:E-pembelajaran, Moodle, Ratio And Proportion
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10889
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:06 Nov 2010 20:07
Last Modified:15 Aug 2017 08:49

Repository Staff Only: item control page